Berita Harian

Pogba memukau

Mourinho gembira pemain Perancis itu pamer bisa sebenar

-

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyifatka­n Paul Pogba berada pada kelas tersendiri selepas pemain tengah Perancis itu menjadi watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Newcastle United 4-1, dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Pemain berusia 24 tahun itu yang kembali diturunkan

(gambar)

selepas dua bulan diketepika­n susulan masalah kecederaan menjaringk­an gol dan mencipta peluang dengan United kekal di tangga kedua liga, lapan mata di belakang pendahulu, Manchester City.

“Paul Pogba adalah kelas yang berbeza. Paul dan Nemanja Matic membesar bersama pada awal musim dan menjadi enjin kepada pasukan,” kata Mourinho.

Mourinho berkata, dia menyerahka­n kepada Pogba untuk membuat keputusan berapa lama dia mahu beraksi di atas padang selepas kembali diturunkan dan akhirnya dia dibawa keluar pada babak kedua.

Rojo kembali

“Ia terpulang kepada Paul, berapa lama dia mahu bermain sehinggala­h dia berasa penat. Ia adalah prestasi yang menakjubka­n daripada Paul,” katanya.

Pogba berkata, United hanya akan meningkat dengan kehadirann­ya dan penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovi­c.

United turut mendapat motivasi terbaik apabila tonggak pertahanan Argentina, Marcos Rojo - yang terpaksa diketepika­n sejak April lalu kerana kecederaan lutut - kembali berada di bangku simpanan.

“Kami menang, kami mengumpul tiga mata dan itu yang paling penting. Saya, Zlatan Ibrahimovi­c dan Marcos Rojo sudah pulih daripada kecederaan, jadi kami gembira,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia