Berita Harian

Klopp puji Salah

-

Liverpool: Mohamed Salah meledak dua gol untuk membantu Liverpool meraih kemenangan 3-0 ke atas Southampto­n, sekali gus terus berada pada landasan tempat untuk menghambat pendahulu liga, Manchester City.

Pemain antarabang­sa Mesir itu melonjak selaku penjaring terbanyak liga dengan sembilan gol, hasil dua gol pada separuh masa pertama dan Philippe Coutinho meledak satu lagi gol pada babak kedua.

Liverpool mendahului selepas setengah jam perlawanan apabila Georginio Wijnaldum melakukan hantaran kepada Salah yang melencongk­an bola melepasi kawalan Fraser Forster dalam jarak 16 meter.

Sebelum babak pertama berakhir, Salah menyambut hantaran Coutinho dan walaupun Forster cuba menutup ruang, rembatan pemain berusia 25 tahun itu tetap mampu menerjah gawang untuk gol kedua The Reds pada perlawanan terbabit.

Gol menakjubka­n

Setakat ini, tiada mana-mana pemain di dalam kelab yang merekodkan jaringan lebih daripada yang dilakukan Salah selepas 12 penampilan dalam Liga Perdana, – apabila dia melepasi rekod Robbie Fowler yang menjaringk­an lapan gol.

Gol ketiga pula hadir menerusi gerakan daripada Sadio Mane dan Firmino yang melakukan percubaan tetapi berjaya ditepis Forster, sebelum Coutinho lebih pantas menolak bola muntah untuk gol ketiga Liverpool.

Prestasi yang dipamerkan Salah itu membuatkan pengurus, Jurgen Klopp menghambur­kan pujian ke atasnya dan menyifatka­n pemain ini sebagai pencetus kebangkita­n pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia