Berita Harian

Lili, Serem juara sulung

Pelari Malaysia, Kenya masing-masing bawa pulang wang tunai RM1,500 serta trofi

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Pelari negara, Lili Suhairi Md Yang Ghazali dan Valentine Jepkemoi Serem dari Kenya masing-masing dinobatkan selaku juara Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita pada KUL Marathon 2017 yang berlangsun­g di sekitar Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Lili Suhairi menampilka­n kelas tersendiri apabila berjaya menamatkan saingan untuk jarak sejauh 42 kilometer (km) dengan mencatat 3 jam, 9 minit, 40 saat, manakala Valentine mengakhiri cabaran Terbuka Wanita dengan catatan masa 3’29:10.

Kemenangan itu membolehka­n masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 serta trofi.

Lili Suhairi, 34, yang berkhidmat sebagai jurulatih renang di sebuah pusat sukan swasta di Selangor berkata, dia teruja dengan pencapaian yang dilakar, sekali gus berharap mampu mempertaha­nkan kejuaraan jika masih berpeluang menyertain­ya pada tahun depan.

“Saya cukup gembira. Ini adalah kali pertama saya berlari di sekitar lapangan terbang dan ia begitu istimewa berbanding penyertaan dalam acara maraton di lokasi lain,” katanya.

Anjur acara berbasikal

KUL Maraton adalah anjuran sulung Malaysia Airports Holding Berhad (Malaysia Airports), bermula kira-kira jam 3 pagi semalam sempena sambutan ulang tahun ke-25 penubuhann­ya dan disertai pelari dari China, Filipina, Kenya, Brunei, Jepun dan Singapura.

Penganjura­n sulung itu disertai lebih 3,000 peserta yang mengambil bahagian dalam empat kategori iaitu 42km, 25km, 10km dan 3km membabitka­n laluan sekitar kawasan KLIA.

Pengarah Urusan Malaysia Air ports, Datuk Badlisham Ghazali berkata, secara keseluruha­nnya, beliau berpuas hati dengan sambutan dan kejayaan penganjura­n itu.

“Kita amat bangga kerana acara unik ini berlangsun­g berdekatan lapangan terbang dan Insya Allah kita rancang untuk jadikan ia sebagai acara tahunan dan mungkin menganjurk­an acara berbasikal di kawasan sama,” kata Badlisham ketika ditemui, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia