Berita Harian

Perak tewaskan Indonesia

Pemain muda Perak tetap bertenaga selepas mengerah kudrat melawan Kuala Lumpur

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Meskipun hanya dibarisi pemain muda, Perak mempamer aksi meyakinkan untuk menewaskan skuad kebangsaan Indonesia 3-0 pada aksi kedua Kumpulan A, Hoki Wanita Piala Tun Abdul Razak, semalam.

Ketua jurulatihn­ya, Mohd Azlan Ahmad nyata amat berpuas hati dengan kemenangan itu selepas menyaksika­n anak buahnya tewas kepada Kuala Lumpur 2-6 pada perlawanan pertama.

“Rata-rata pemain beraksi hari ini dengan keadaan tidak cergas sepenuhnya kerana baru saja turun beraksi bertemu Kuala Lumpur semalam.

“Saya akui pada awalnya rentak permainan kami agak perlahan. Saya ambil keputusan untuk mengubah strategi permainan kepada lebih pantas di suku kedua,” katanya.

Sukar jangka lawan

Jelas Mohd Azlan, dengan tiada rekod pertemuan bersama Indonesia, beliau mengakui sukar untuk menjangkak­an apakah yang akan berlaku pada perlawanan sebenar.

“Kami dapat menewaskan Indonesia selepas mengkaji corak permainan mereka di awal permainan,” katanya.

Pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Nurliyana Ghazali meletakkan Perak di depan pada minit ke-10 menerusi jaringan padang.

Perak menambah gol kedua hasil jaringan padang Wan Nur Syamielea Wan Mazli minit ke45.

Amira Natasha Abu Hassim menambah gol ketiga lima minit sebelum tamat perlawanan hasil pukulan sudut penalti.

Perak akan bertemu juara bertahan, Pahang, Selasa ini.

 ??  ?? Pemain Perak (kiri) cuba dihalang pemain Indonesia pada aksi kedua Kumpulan A, Hoki Wanita Piala Tun Abdul Razak, semalam. Perak menang 3-0.
Pemain Perak (kiri) cuba dihalang pemain Indonesia pada aksi kedua Kumpulan A, Hoki Wanita Piala Tun Abdul Razak, semalam. Perak menang 3-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia