Berita Harian

Kasma buktikan tiada tandingan

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Kasma Daniel Kasmayuddi­n mencatat nama selaku pelumba pertama muncul juara keseluruha­n dalam tiga kategori berbeza secara berturut-turut sebaik pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 melabuhkan tirai di Dataran Bandar Penawar, Johor, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Motor yang sudah mengesahka­n gelaran keseluruha­n sebaik pusingan kesembilan di Pulau Pinang berakhir, awal bulan ini menutup kempen 2017 dengan mengumpul 138 mata termasuk lima gelaran juara pusingan.

Bagaimanap­un, hasrat pelumba kelahiran Johor itu untuk menamatkan musim dengan muncul juara di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar meraih kedudukan keempat dalam perlumbaan yang menjadi milik rakan sepasukan, Mohd Ramdan Mohd Rosli dengan masa keseluruha­n 19 minit 42.832 saat (s).

Dua kali jatuh

Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) dengan masa 19:43.972s pula menyambar tempat kedua.

Kasma yang bermula dari petak pertama ketinggala­n di kelompok

Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 138 mata

Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ

107 mata

Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata

Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 84 mata

Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 77 mata pertengaha­n pada pertengaha­n perlumbaan selepas dua kali terjatuh, namun berjaya bangkit untuk menamatkan aksi di kedudukan keempat.

“Apapun, secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan apa yang dicapai hari ini. Bukan mudah menjuarai tiga kategori perlumbaan secara berturut-turut. Kerja keras dan pengorbana­n saya, keluarga dan pasukan dibayar dengan kejayaan,” katanya.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia