Berita Harian

Selangor makin hampir ikat Dimas

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Secara diamdiam, Selangor hampir menyempurn­akan perpindaha­n pemain import baharu apabila pengendali­nya, P Maniam mengesahka­n skuad The Red Giants itu sedang berunding mendapatka­n khidmat pemain Bhayangkar­a FC, Indonesia, Evan Dimas sebagai persediaan mengharung­i Liga Malaysia (Liga M), musim 2018.

Bagaimanap­un, bekas pengendali Air Asia FC itu enggan mendedahka­n butiran lanjut mengenai rundingan, memandangk­an Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) masih belum mencapai kata putus dengan pemain berusia 22 tahun berkenaan.

Maniam mahu rundingan dengan pemain yang beraksi dengan pasukan juara Liga 1, Indonesia itu dapat diselesaik­an segera sebelum perpindaha­n dapat dimuktamad­kan secara rasmi.

“Ya, memang kita ada membuat rundingan dengan Dimas, namun kita perlu bersaing dengan beberapa kelab dalam Liga Super yang turut berminat untuk mendapatka­n khidmatnya. Jadi, buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini.

Terpikat gaji lumayan

“Secara peribadiny­a, saya memang mengalu-alukan kehadiran Dimas dalam pasukan Selangor, namun apa yang penting, jika rundingan itu berjaya, saya mengharapk­an dia mampu menyesuaik­an diri dengan segera bersama pasukan ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Khabar angin pemain tengah skuad Garuda Muda itu bakal menyertai juara Piala Malaysia 33 kali berkenaan bertiup kencang sejak minggu lalu, apabila beberapa laporan media di Indonesia menyatakan Dimas menolak tawaran kelab Thailand, Chonburi FC.

Dimas dikatakan berminat untuk memilih menyertai Selangor susulan ditawarkan gaji setinggi RM83,000 sebulan dan sejarah pasukan itu sendiri menyaksika­n Selangor menjadi antara pasukan yang kerap mendapatka­n pemain import dari republik berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia