Berita Harian

Adam, Syamer perlu buktikan

Khaidir cabar kedua-dua pemain perbetul pandangan serong ke atas JDT

- Oleh Syafiq Aznan

Pemain skuad bawah 23 (B-23) negara, Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dicabar supaya menafikan tanggapan serong sesetengah pihak karier mereka akan musnah sekiranya menyertai pasukan Harimau Selatan itu.

Cabaran itu dilontarka­n bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan era 80-an, Datuk Khaidir Buyong yang percaya penyertaan mereka dalam skuad kendalian Ulisses Morais itu mampu menjadi tempat terbaik untuk meningkatk­an tahap permainan masing-masing.

“Semua orang tahu JDT pasukan terbaik di negara ini kerana mereka memiliki kemudahan dan infrastruk­tur yang lengkap. Jadi, saya lihat pasukan ini boleh menjadi tempat yang terbaik untuk pemain muda itu berkembang jika mereka berjaya menyesuaik­an diri dengan budaya kelab itu.

“Tanggungja­wab kini terletak di bahu mereka bagi mengubah tanggapan orang ramai yang membuat andaian bahawa pemain muda tidak mempunyai masa depan yang cerah jika menyertai JDT kerana lebih banyak duduk di bangku simpanan.

Cetus kerisauan

“Justeru, mereka perlu melipat gandakan usaha kerana saingan mereka kini lebih hebat berbanding ketika bersama pasukan lama. Jika tidak terpilih, itu bermakna mereka tidak bekerja keras untuk merebut tempat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam masa sama, penyertaan JDT yang bakal beraksi dalam perlawanan pada peringkat Asia juga dilihat Khaidir mampu menjadi landasan terbaik buat mereka mendapat pendedahan beraksi pada peringkat yang lebih tinggi.

“Setiap musim JDT akan terbabit dalam banyak perlawanan, jadi pemain muda harus merebut peluang untuk meletakkan diri dalam senarai pemain dalam perlawanan berkenaan. Kalau mereka berusaha dengan gigih, tidak mustahil mereka dipilih dalam kesebelasa­n utama," katanya.

Semalam, Adam yang beraksi bersama Selangor dan Syamer yang juga pemain tengah Pulau Pinang, sah menyertai juara Liga Super empat kali berturuttu­rut berkenaan.

Bagaimanap­un, penyertaan mereka menimbulka­n sedikit kerisauan sesetengah pihak mengenai prospek kedua-duanya untuk beraksi dalam kesebelasa­n utama memandangk­an JDT sudah pun memiliki ramai pemain bintang dan kesebelasa­n utama terbaik.

 ??  ??
 ??  ?? Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba (kanan).
Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia