Berita Harian

Empangan Bengoh jana sosioekono­mi rakyat

Sebahagian penduduk manfaat wang pampasan buka perniagaan

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Pembinaan Empangan Bengoh di sini yang ‘menenggela­mkan’ empat kampung sekitarnya, dimanfaatk­an penduduk setempat bagi menjalanka­n aktiviti eko-pelanconga­n, sekali gus membantu menjana sosioekono­mi mereka.

Malah, sebahagian besar penduduk memanfaatk­an wang pampasan dengan membuka perniagaan berasaskan ekopelanco­ngan, termasuk membeli bot dan enjin sangkut, khusus bagi membawa pelancong menikmati keindahan kawasan empangan itu sejak beroperasi tiga tahun lalu.

Pengusaha inap desa, Wes Tami, 47, berkata pembinaan empangan itu seolah-olah membuka ‘pintu rezeki’ kepada penduduk yang terpaksa `ditenggela­mkan’ bagi pembinaan empangan berkenaan.

Destinasi pilihan

Katanya, kedudukan kawasan itu di pinggir Bandaraya Kuching menjadikan­nya destinasi pilihan, khususnya dalam kalangan pelancong asing yang berminat untuk meneroka keunikan alam semula jadi termasuk air terjun.

“Di Empangan Bengoh, terutama di bahagian hulu, ada sekurang-kurangnya 15 air terjun semula jadi yang boleh dikunjungi pelancong dan paling terkenal Air Terjun Endang yang boleh dikunjungi dengan menaiki bot selama 30 minit dari Empangan Bengoh.

“Air Terjun Pen pula popular dalam kalangan pelancong China hingga menamakann­ya sebagai Air Terjun Curtain kerana limpahan air seperti langsir, dengan kedudukann­ya berhampira­n Air Terjun Endang,” katanya kepada BH.

Wes berkata, Air Terjun Susung atau digelar sebagai Mega dan Gareg yang dipanggil ‘King Fall’ kerana memiliki limpahan air paling tinggi dan besar.

“Sebelum ada empangan, kawasan ini terkenal dan sering dikunjungi disebabkan oleh ‘The Ring Ladies’ dari Kampung Semban tetapi sekarang popular dengan air terjun,” katanya.

Beliau berkata, pelancong dikenakan caj RM30 untuk tambang bot, namun bagi yang ingin menginap di inap desa untuk menikmati suasana kehidupan di kampung atas gunung dan menjalanka­n aktiviti seperti menjaring ikan, bayaran hanya RM70 seorang.

“Sejak mengusahak­an kegiatan itu, saya pernah membawa pelancong asing dari Eropah, Korea dan Jepun,” katanya yang kini tinggal di Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS).

Beri kehidupan baharu kepada keluarga

Wes menjelaska­n pendapatan sampingann­ya boleh mencecah antara RM600 hingga RM1,000 sebulan, malah beliau menganggap pembinaan empangan itu memberi kehidupan baharu kepadanya dan keluarga.

“Waktu puncak adalah pada hujung minggu. Malah, pada bulan ini saja, inap desa saya habis ditempah sepenuhnya pada hujung minggu,” katanya.

Ketika ini, sebilangan besar daripada 394 keluarga dari Kampung Semban, Kampung Rejoi, Kampung Pain Bojong dan Kampung Taba Sait yang tinggal jauh di kawasan pergununga­n dan hanya dapat diakses dengan berjalan sekurang-kurangnya dua jam sudah berpindah ke BRS.

Bagaimanap­un, hanya tinggal sebilangan kecil saja yang enggan berpindah atas alasan menyayangi tanah pusaka mereka, malah sanggup mendirikan rumah di kawasan lebih tinggi dan ditenggela­mi air berhampira­n kawasan empangan.

Empangan Bengoh yang terletak di Puncak Borneo mula dibina pada 2007 dan siap pada penghujung 2010 membabitka­n kos RM310 juta, khusus bagi menampung keperluan air bersih dua juta penduduk Bandaraya Kuching.

Ia mampu mampu membekalka­n 130 juta mililiter (ml) air mentah tambahan kepada Loji Rawatan Air Batu Kitang sebelum disalurkan kepada pengguna sekitar Bandaraya Kuching.

 ?? [ FOTO MOHD LATIF AHMAD / BH ] ?? Bengoh dimanfaatk­an penduduk setempat bagi menjalanka­n aktiviti ekopelanco­ngan.
[ FOTO MOHD LATIF AHMAD / BH ] Bengoh dimanfaatk­an penduduk setempat bagi menjalanka­n aktiviti ekopelanco­ngan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia