Berita Harian

Ahli PBS diingat terus bersemanga­t

Bersatu dalam perjuangan parti hadapi cabaran politik: Pairin

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Parti Bersatu Sabah (PBS) mengingatk­an ahlinya supaya terus bersatu meneruskan semangat perjuangan parti itu dalam menghadapi cabaran politik masa kini dan akan datang.

Presidenny­a, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata kesatuan sangat penting dalam memastikan PBS terus bertahan dan kekal sebagai rakan komponen Barisan Nasional (BN) yang penting di Sabah.

“Sebagai ahli PBS, kita harus terus bersemanga­t dalam per- juangan agar dapat menghadapi apa saja cabaran.

“Apa yang penting, kita perlu sentiasa bersatu demi masa depan kita,” katanya dalam ucapan alualuanny­a sebelum Persidanga­n Perwakilan Ke-32 parti itu, di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Naib Presiden PBS, Datuk Dr Yee Moh Chai dan Setiausaha Agung PBS, Datuk Johnny Mositun.

Kira-kira 600 perwakilan daripada 56 bahagian di seluruh negeri, ketua bahagian dan ahli majlis tertinggi PBS hadir pada persidanga­n berkenaan.

Kelmarin, Pairin menyuaraka­n harapan parti itu sepanjang perjuangan selama 32 tahun dalam arena politik Sabah termasuk berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika majlis perasmian Kongres PBS Ke-32 yang disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Persidanga­n terakhir

Persidanga­n kali ini adalah yang terakhir bagi Pairin berikutan hasratnya untuk bersara selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang sebelum menyerahka­n kepemimpin­an kepada Maximus.

Terdahulu, Mositun berkata, PBS akan memastikan 13 kerusi DUN yang diperuntuk­kan kepada parti itu dapat dipertahan dan ditawan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dijangka diadakan tahun depan.

“Semua bahagian sudah bersedia untuk memastikan kemenangan kita di semua kerusi berkenaan termasuk merampas semula kerusi yang kita kalah pada pilihan raya sebelum ini,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 2013, PBS kalah di kerusi DUN Inanam, Tamparuli, Matunggong, Kadamaian, Sri Tanjong dan Api-api selain di Parlimen Kota Kinabalu.

Parti itu menang di kerusi DUN Tanjung Aru, Tambunan, Melalap, Kiulu, Kundasang, Tandek, dan Labuk, selain empat kerusi Parlimen iaitu di Keningau, Kota Marudu, Batu Sapi dan Tawau.

Semua bahagian sudah bersedia untuk memastikan kemenangan kita di semua kerusi berkenaan termasuk merampas semula kerusi yang kita kalah pada pilihan raya sebelum ini” Johnny Mositun, Setiausaha Agung PBS

 ?? [ FOTO IZHARI ARIFFIN / BH ] ?? Pairin bersalaman dengan Ahli Majlis Tertinggi ketika hadir pada Majlis Persidanga­n dan Penutupan Kongres PBS Ke-32 di Penampang.
[ FOTO IZHARI ARIFFIN / BH ] Pairin bersalaman dengan Ahli Majlis Tertinggi ketika hadir pada Majlis Persidanga­n dan Penutupan Kongres PBS Ke-32 di Penampang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia