Berita Harian

Lelaki cuba lintas jalan maut dirempuh kereta

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga tempatan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tuaran berhampira­n bulatan Bandar Siera, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Norman Alludin, 29, dipercayai cuba melintas jalan sebelum dirempuh PROTON Preve.

Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pemandu kereta berkenaan melarikan diri sejurus kemalangan itu tanpa membuat laporan polis.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pejalan kaki yang melintas tanpa menyedari kehadiran kenderaan selain sikap tidak bertanggun­gjawab pemilik kenderaan.

“Bagaimanap­un, kita menemui nombor pendaftara­n di atas jalan dan dipercayai ia milik kenderaan yang terbabit dalam kes ini.

Kenal pasti kenderaan

“Kita mengenal pasti jenis kenderaan berkenaan berdasarka­n nombor pendaftara­n itu melalui pemeriksaa­n jaringan trafik Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ),” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat.

Sementara itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui atau menyaksika­n kejadian itu supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan di balai polis berhampira­n.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabka­n kemalangan maut.

Kita menemui nombor pendaftara­n di atas jalan dan dipercayai ia milik kenderaan yang terbabit dalam kes ini” M Chandra, Ketua Polis Kota Kinabalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia