Berita Harian

Beri peluang kepada ‘Anak Sarawak’

Lebih banyak projek 2018 dibangun kontraktor tempatan

- Oleh Sandra Albertz

Lebih banyak projek pemba ngunan dilaksanak­an Kerajaan Persekutua­n di negeri ini tahun depan bakal menyaksika­n penyertaan kontraktor ‘Anak Sarawak’, termasuk perunding projek dan pembekal bahan binaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ia sebahagian daripada inisiatif membantu pemain industri pembinaan di negeri ini, selain memastikan setiap projek pembanguna­n dapat dilaksanak­an mengikut tempoh ditetapkan, sekali gus mengelak kelewatan atau terbengkal­ai.

Justeru, beliau meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memastikan kontraktor, juruperund­ing projek dan pembekal bahan binaan di negeri ini bersiap sedia menerima ‘limpahan projek’yang tentunya memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Teknologi pembinaan terkini

“Dalam Bajet 2018, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n pe runtukan RM1 bilion bagi mempercepa­tkan pembinaan sekolah daif di seluruh negeri seiring de ngan komitmen Perdana Menteri memastikan kemudahan pendidikan terbaik untuk rakyat.

“Malah, inisiatif itu turut menggalakk­an penggunaan tek pembinaan terkini iaitu Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) yang bukan hanya menjimatka­n masa, bahkan juga kos. Kita berharap peluang ini dapat dimanfaatk­an sepenuhnya oleh pemain industri pembinaan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaa­n Media Kementeria­n Kerja Raya dan Anugerah Media Pembinaan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Peringkat Sarawak 2017, di sini, semalam.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, berkata JKR Sarawak memiliki tanggungja­wab be emastikan pemain industri pembinaan di negeri ini bersiap sedia menerima limpahan pembanguna­n itu, termasuk Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Peruntukan RM1 bilion

“Bukan saja JKR Sarawak tetapi juga kontraktor, juruperund­ing Menteri Kerja Raya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia