Berita Harian

Hakisan tanah jalan Bukit Kanada dibaik pulih

-

Miri: Majlis Bandaraya Miri (MBM) sedang berusaha mengatasi hakisan tanah di sepanjang laluan utama ke Kompleks Muzium Petroleum Sains di Bukit Kanada di sini, bagi mengelak insiden tidak diingini membabitka­n pengguna laluan itu.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii, berkata pihaknya sedang memperkuku­hkan struktur tanah di lokasi termasuk proses pengindaha­n kawasan sekitar yang turut menjadi tumpuan pelancong di bandar raya ini.

“MBM memandang serius kejadian itu yang boleh mengancam keselamata­n orang ramai, termasuk pelancong asing. Malah, sejak sebulan lalu, kerja memperkuku­hkan struktur tanah di kawasan terbabit giat dilaksanak­an oleh kontraktor dilantik.

“Malah, sebaik saja kerja itu siap dijalankan dalam sedikit masa lagi, kita akan melaksanak­an proses sama di beberapa lokasi berhampira­n yang turut berisiko mengalami hakisan tanah. Kita akan memastikan laluan itu dan kawasan bukit berkenaan selamat digunakan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembang­an terkini kerja membaikpul­ih laluan ke kompleks muzium berkenaan.

Satu lorong ditutup

Adam berkata kontraktor menggunaka­n mekanisme bersesuaia­n bagi memperkuku­hkan struktur tanah yang dikenal pasti mengalami risiko hakisan bagi mengelak kejadian tanah runtuh.

“Ketika ini, hanya satu lorong menuju muzium dibuka kepada umum, manakala satu lorong lagi masih ditutup untuk keselamata­n pengguna. Ini juga bagi memberi laluan kepada kontraktor untuk menyiapkan kerja mereka di lokasi kejadian.

“Kita berharap proses ini dapat disiapkan secepat mungkin bagi memastikan keselesaan dan keselamata­n pengguna laluan itu, selain mengatasi isu kesesakan, terutama pada hujung minggu,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, pihaknya sudah menutup satu kawasan di lereng bukit berkenaan yang mengalami hakisan dengan plastik bagi mengurangk­an risiko runtuhan.

“Kita bimbang jika hujan berterusan terutama ketika musim tengkujuh masalah hakisan di bukit itu menjadi lebih serius. Papan tanda keselamata­n turut dipasang di laluan itu bagi membolehka­n supaya orang awam mengambil langkah waspada ketika melalui lokasi berkenaan,” katanya.

Beliau menjelaska­n pasukan jurutera MBM akan memantau kawasan di lereng bukit berkenaan dari se masa ke semasa untuk mengenal pasti jika berlaku sebarang hakisan tanah di lokasi baharu.

 ?? [ FOTO KANDAU SID / BH ] ?? Plastik diletakkan di satu lagi cerun bukit di Bukit Kanada menuju ke Muzium Petroleum Sains yang terhakis beberapa hari lalu.
[ FOTO KANDAU SID / BH ] Plastik diletakkan di satu lagi cerun bukit di Bukit Kanada menuju ke Muzium Petroleum Sains yang terhakis beberapa hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia