Berita Harian

Keluarga disamun RM85,000

-

Serian: Satu keluarga yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ yang memecah masuk rumah yang menyebabka­n kerugian dianggarka­n RM85,000 di Pasar Serian di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kirakira jam 2.30 pagi itu, semua mangsa berusia 36 hingga 60 tahun itu tidur di dua bilik bersebelah­an sebelum dikejutkan dengan kehadiran lima lelaki bertopeng bersenjata­kan parang panjang.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superinten­dan Aswandy Anis, berkata suspek kemudianny­a mengarahka­n mangsa untuk tidak menjerit dan menuruti arahan mereka.

Suspek kemudian mengikat keluarga berkenaan menggunaka­n tali nilon selain menutup mata mangsa bagi mengelak identiti mereka diketahui.

“Suspek mengarahka­n mangsa duduk di sebuah bilik dan tidak menjerit atau melarikan diri jika tidak mahu dicederaka­n. Sebaik mengikat mangsa, suspek kemudian menggeleda­h rumah berkenaan dan melarikan wang tunai dianggarka­n RM3,000, rantai emas, telefon bimbit,” katanya.

Kerugian bernilai RM85,000

Suspek turut melarikan pacuan empat roda Toyota Hilux milik mangsa yang diparkirka­n di depan rumah dan kerugian dianggarka­n bernilai RM85,000.

Aswandy berkata, suspek dipercayai menjalanka­n intipan beberapa hari sebelum memecah masuk menerusi pintu belakang rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunaka­n senjata.

 ?? [ FOTO IHSAN PDRM ] ?? Keadaan bilik selepas dipecah masuk berhampira­n Pasar Serian.
[ FOTO IHSAN PDRM ] Keadaan bilik selepas dipecah masuk berhampira­n Pasar Serian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia