Berita Harian

Skim Bantuan Usahawan Siri Kelima tarik 700 peserta

Galak anak muda ceburi keusahawan­an digital jana pendapatan

- Oleh Syalikha Sazili syalikha@bh.com.my Kuala Lumpur

Program Skim Bantuan Usahawan Siri Kelima di sini semalam yang memfokuska­n peluang pekerjaan dan bantuan untuk usahawan memajukan perniagaan menerusi plaform e-dagang, menarik penyertaan lebih 700 anak muda.

Inisiatif Pemuda UMNO Titiwangsa dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) itu bertujuan memberi galakan kepada peserta mengenai keusahawan­an digital.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Hussin, berkata program terbabit sebagai kesinambun­gan usaha membantu belia meraih keuntungan melalui kaedah perniagaan dalam talian.

Pasaran e-dagang

“Program Sk m Bantuan Usahawan Siri Kelima ini mencipta kelainan dengan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pasaran e-dagang.

“MDEC menyediaka­n platform kepada orang ramai menerusi erezeki dan e-usahawan untuk menjana pendapatan lumayan.

“Pelbagai lagi program susulan akan diadakan seperti siri kursus latihan kepada peserta dan pemantauan terhadap prestasi masing-masing,” katanya selepas merasmikan program berkenaan.

Program sejak 2013 itu menerima penyertaan paling ramai semalam dan dijangka meningkatk­an pembabitan anak muda bandar dalam bidang keusahawan­an, sekali gus menambah pendapatan mereka.

Agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bekerjasam­a memberi taklimat serta pendedahan mengenai skim bantuan disediakan kepada peserta.

Sementara itu, Pengerusi Pusat e-rezeki Bahagian Shah Alam, Khalidah Abdul Karim, berkata pihaknya mewujudkan peluang kepada orang ramai menjana pendapatan tambahan secara digital.

“e-rezeki terbuka kepada orang ramai berumur 18 tahun ke atas, fokus kepada berpendapa­tan isi rumah RM4,000 ke bawah. Tugasan digital mikro e-rezeki pula adalah satu daripada kategori kerja yang ditawarkan.

“Ia tidak memerlukan sebarang kemahiran spesifik, sebaliknya cukup dengan pengetahua­n menggunaka­n komputer dan melayari internet,” katanya.

MDEC menyediaka­n platform kepada orang ramai menerusi e-rezeki dan e-usahawan untuk menjana pendapatan lumayan” Nazir Hussin Akhtar Hussin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Nazir Hussin (tengah) pada majlis perasmian program #Youcanduit di Setiawangs­a, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Nazir Hussin (tengah) pada majlis perasmian program #Youcanduit di Setiawangs­a, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia