Berita Harian

SAAD AL-HARIRI

Mahu beri penjelasan Ms.80

- ̌ Paris

Bekas Perdana Menteri Lubnan, Saad al-hariri yang meletak jawatan ketika berada di Arab Saudi berkata semalam, beliau akan memperjela­skan kedudukann­ya sebaik kembali ke Beirut, minggu depan.

Peletakan jawatan mengejut Hariri pada 4 November lalu mengheret Lubnan ke dalam krisis politik di tengah tengah pergeseran antara puak Sunnah Arab Saudi dan sekutunya dengan blok yang diketuai Syiah Iran.

Rai kemerdekaa­n Lubnan

“Sehubungan dengan keadaan politik di Lubnan, saya akan ke Beirut dalam beberapa hari lagi untuk meraikan sambutan kemerdekaa­n.

“Di sana saya akan menjelaska­n kedudukan saya berhubung isu ini selepas bertemu dengan Presiden (Michel) Aoun,” kata Hariri selepas mengadakan perbincang­an dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Paris.

Hariri menolak untuk menjawab sebarang soalan, tetapi akan kembali ke Beirut pa- da Rabu sempena meraikan sambutan hari kemerdekaa­n Lubnan.

Hargai bantuan Macron

Beliau begitu menghargai bantuan Macron, sebagai orang tengah yang cuba meredakan ketegangan di rantau ini.

Isteri Hariri dan anak sulung mereka, Houssam menyertai ayahnya untuk makan tengah hari bersama Macron di Elysee Palace, tetapi dua lagi anak mereka kekal di Arab Saudi untuk persediaan menghadapi peperiksaa­n, menurut satu sumber yang rapat dengan perdana menteri itu.

“Hariri tidak mahu membabitka­n anak-anaknya dalam krisis itu,” kata sumber berkenaan. REUTERS

 ??  ??
 ??  ?? Saad al-hariri
Saad al-hariri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia