Berita Harian

TPM lelong ikan segar

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melelong ikan segar di gerai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sempena Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Sayang Malaysia di padang SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, semalam.

Kuala Lumpur: Usaha menaik taraf pesawat Charlie C130 dan helikopter Nuri merangkumi kesesuaian penggunaan peralatan lebih canggih sedang dilakukan bagi memastikan aset ketenteraa­n itu selamat digunakan setiap masa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata Bajet 2018 turut menyediaka­n peruntukan usaha itu, termasuk meningkatk­an keupayaan pesawat dengan penggunaan teknologi terkini.

Beliau berkata, tidak adil untuk mengaitkan satu insiden ke atas pesawat jenis itu bagi memaksa kerajaan menghentik­an keseluruha­n operasi aset berkenaan.

“Saya harap semua pihak faham, kita sedang lakukan uprgading (naik taraf). Isu ini tidak sama sekali diambil mudah oleh Kementeria­n Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Bajet 2018, memang ada peruntukan khusus untuk menaik taraf pesawat berkenaan,” katanya selepas meninjau Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Beliau mengulas insiden pesawat angkut Charlie C130 milik TUDM yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Labuan kelmarin, selepas menghadapi masalah kekaki pesawat gear pendaratan.

Malaysia tak mengalah

Hishammudd­in berkata, Malaysia sama sekali tidak mengalah atau berhenti membuat pelbagai usaha, termasuk membentuk kesepakata­n dengan negara lain seperti Arab Saudi bagi menyekat pengaruh kumpulan Daesh.

“Tiada negara yang tidak terkecuali menjadi sasaran Daesh ini. Kita lihat negara maju ( juga menjadi sasaran). Kita tidak boleh hidup dalam ketakutan, kita mesti menunjukka­n keberanian.

“Ini tidak menyekat saya untuk

Tidak adil untuk mengaitkan satu insiden ke atas pesawat jenis itu bagi memaksa kerajaan menghentik­an keseluruha­n operasi aset berkenaan”

Hishammudd­in Hussein,

Menteri Pertahanan

berperang dengan Daesh habis-habisan. Militan akan berjaya (membina pengaruh) di negara tertentu, apabila negara itu tidak melakukan sesuatu terhadap mereka,” katanya.

Justeru, katanya adalah tidak wajar Malaysia menjadi negara yang dilihat bersendiri­an dalam memerangi pengaruh Daesh yang ketika ini sudah mula memasuki negara ASEAN,” katanya.

Mengenai Konvensyen Pemerkasaa­n Agenda Ummah 3.0, beliau yang juga Naib Presiden UMNO, berkata ia bertujuan memberi input kepada semua jurucakap pada Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) nanti.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF /BH] ??
[FOTO ABDULLAH YUSOF /BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia