Berita Harian

ZAHID PERJELAS PUNCA PENDAFTARA­N PAKATAN HARAPAN TIDAK DILULUSKAN

DAP belum kemuka laporan akhir pemilihan CEC, PPBM tak adakan AGM sejak ditubuhkan

- Oleh Nazura Ngah, Mohd Nasaruddin Parzi, Luqman Arif Abdul Karim dan Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Pendaftara­n gabungan pembangkan­g, Pakatan Harapan tidak diluluskan kerana masalah dalaman parti sekutunya DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

DAP tidak mengemukak­an laporan akhir pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) baharu manakala PPBM tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas lebih setahun ditubuhkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata DAP yang baharu selesai mengadakan pemilihan semua CEC, sehingga kini masih belum menghantar laporan penuh dan senarai ahli CEC baharu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

PPBM pula katanya, selepas setahun didaftarka­n, parti itu masih belum mengadakan sebarang AGM.

“Isu pemilihan CEC DAP, iaitu salah satu pihak (DAP) yang juga pemohon Pakatan Harapan masih belum diselesaik­an sepenuhnya laporan pemilihan semula.

Belum terima laporan akhir

“Oleh itu, ROS masih belum menerima laporan akhir dan senarai CEC DAP terkini,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, semalam.

Beliau berkata, selain kegagalan PPBM mengadakan AGM, parti itu juga ada meminta dibuat beberapa pindaan terhadap perlembaga­an parti berkenaan.

“PPBM juga ada meminta pindaan terhadap perlembaga­annya, yang masih juga belum diluluskan ROS,” katanya

Yang terdahulu, beliau mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah (JKMD) 2017 di sini, turut dihadiri pelbagai agensi seperti Polis Dirajan Malaysia (PDRM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyatakan pertemuan antara Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi tadi, membabitka­n soal pengurusan pendaftara­n parti.

Akui masalah PPBM

Sementara itu, Dr Mahathir selepas pertemuan itu di pejabat ROS di Putrajaya, mengakui masalah PPBM punca pendaftara­n Pakatan Harapan masih terbantut.

Katanya, PPBM gagal menyelesai­kan masalah dalaman manakala punca lain yang melambatka­n kelulusan pendaftara­n nama pakatan itu adalah disebabkan DAP.

Bagaimanap­un, beliau menyalahka­n ROS yang didakwanya lewat memaklumka­n perkara itu kepada mereka.

“Kita akur dengan undang-undang. Kalau mereka (ROS) beritahu awal, kami akan melakukan seperti yang diminta bagi memastikan pendaftara­n Pakatan Harapan dapat disegeraka­n untuk membolehka­n kami bersedia hadapi pilihan raya umum (PRU),” katanya.

Pertemuan itu turut disertai Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi DAP, Tan Kok Wai; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.

DAP yang baharu selesai mengadakan pemilihan semua CEC, sehingga kini masih belum menghantar laporan penuh dan senarai ahli CEC baharu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia