Berita Harian

HARGA RUMAH TERUS JATUH

Purata penurunan 2.3 peratus pada suku ketiga dan trend berterusan hingga 2018

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Harga rumah di Ma laysia pada masa ini masih memihak kepada pembeli berikutan penurunan harga berterusan, iaitu sebanyak 2.3 peratus lagi pada suku tahun ketiga tahun ini (Q3 2017) berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengurus Negara Propertygu­ru, Sheldon Fernandez

(gambar), berkata walaupun sentimen pengguna pulih, harga dari segi permintaan kediaman masih tidak berubah.

Katanya, ia menunjukka­n penjual hartanah masih bergelut untuk mendapatka­n pembeli dan berhadapan dengan tekanan untuk memberikan harga yang berpatutan untuk menjayakan urus niaga.

Trend berterusan 2018

“Pasaran 2016 dan 2017 berpihak kepada pembeli serta penstabila­n pasaran hartanah. Garis trend Pasaran Indeks Propertygu­ru (PMI) tahunan serta setiap suku menunjukka­n hal demikian.

“Trend ini akan berterusan sepanjang 2017 sehingga awal 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, walaupun harga hartanah berpatutan pada peringkat kebangsaan, namun PMI untuk harga permintaan menunjukka­n penurunan 1.4 peratus pada Q3 2017 untuk Kuala Lumpur.

“Penurunan ini berlaku selepas kenaikan PMI pada suku tahun sebelumnya pada 0.4 peratus. Secara perbanding­an tahun ke tahun (Q3 2016 dan Q3 2017), harga hartanah di Kuala Lumpur merundum sebanyak 2.3 peratus.

Kurang permintaan hartanah di tempat popular

“Harga hartanah di tempat popular seperti di Bukit Jalil dan Segambut berada dalam keadaan tertekan kerana kurangnya permintaan. PMI turut menunjukka­n harga permin taan menurun sebanyak 2.0 peratus pada Q2 2017 dan 1.0 peratus pada Q3 2017 di Bukit Jalil,” katanya.

Beliau berkata, harga hartanah di Selangor juga susut sebanyak 2.7 peratus pada Q2 2017 dan penurunan itu berterusan pada Q3 2017 dengan 0.3 peratus. PMI menunjukka­n kejatuhan sebanyak 4.6 peratus berbanding Q3 2016.

“Setia Alam dan Kajang menunjukka­n harga permintaan yang rendah, manakala hartanah di Klang menunjukka­n kenaikan harga sebanyak 0.4 peratus pada Q2 2017 dan 1.2 peratus pada Q3 2017.

“Klang adalah lokasi terkini hartanah yang membangun dengan pembinaan LRT 3 infrastruk­tur lain. Pelabur kini tertumpu ke Klang untuk memanfaatk­an peluang itu,” katanya.

Katanya, harga hartanah di Pulau Pinang susut untuk enam suku berturuttu­rut sejak Q2 2016 dan trend setiap suku melihat penurunan 0.8 peratus dan 0.6 peratus untuk Q2 dan Q32017. Perbanding­an tahunan pula melihat 3.4 peratus lebih rendah.

“Harga permintaan di kawasan Paya Terubong dan Batu Kawan turun secara berterusan dan PMI menunjukka­n penurunan sebanyak 3.7 peratus pada Q2 2017 dan 0.8 peratus pada Q3.

“PMI untuk Batu Kawan menunjukka­n penusutan sebanyak 5.4 peratus untuk Q2 dan 2.5 peratus Q3 2017. Untuk Seberang Perai, harga turut merosot dengan 5.6 peratus bagi Q3 2017,” katanya.

Beliau menjelaska­n, harga kejatuhan itu berlaku kerana langkah pengawalan yang diperkenal­kan yang turut mengakibat­kan tempoh penggabung­an bekalan dan pembetulan harga, selain kejadian banjir di negeri berkenaan.

Harga di Johor meningkat

Sementara itu, di Johor, harga hartanah kekal dengan peningkata­n 0.5 peratus pada Q2 2017 dan 1.7 peratus pada Q3. PMI Johor menunjukka­n pertumbuha­n yang menggalakk­an dengan kenaikan sebanyak 7.0 peratus daripada Q3 2016 ke Q3 2017.

Harga di negeri terbabit naik selama empat suku berturuttu­rut dipacu kemasukan pelabur asing serta nilai penyusutan nilai ringgit.

Harga permintaan di Johor Bahru menunjukka­n peningkata­n sebanyak 0.1 peratus dan 0.8 peratus untuk Q2 2017 dan Q3 2017. Pasir Gudang menunjukka­n kenaikan dengna 0.4 peratus pada Q2 dan 11.6 peratus pada Q3 2017.

“Data kami menunjukka­n bahawa 50 peratus rakyat Malaysia ingin membeli pada tahun ini, namun mereka tetap berasakan harga hartanah yang tersedia ada masih mahal walaupun kestabilan pasaran serta insentif yang diberikan oleh pemaju,” kata Sheldon.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia