Berita Harian

Kerajaan tangani impak

Kementeria­n Kewangan kenal pasti langkah sesuai kurangkan beban rakyat jika harga RON95, diesel lebih RM2.50 seliter selama 3 bulan berturut-turut Ahli ekonomi jangka antara langkah wajar ialah penetapan harga siling dan pemberian kupon kepada golongan sa

- Oleh Magendran Rajagopal dan Mohd Zaky Zainuddin magendran@bh.com.my

Kerajaan akan kenal pasti langkah bersesuaia­n bagi mengurangk­an kesan kenaikan harga minyak sekiranya harga runcit petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.

Kementeria­n Kewangan, dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n kerajaan memilih pendekatan itu berdasarka­n trend kenaikan harga minyak mentah dunia kebelakang­an ini.

“Langkah yang diambil akan me- mastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia dan kadar inflasi terkawal dalam jangka masa sederhana dan panjang.

“Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini mencecah lebih AS$60 (RM249.60) setong,” menurut kenyataan itu.

Kementeria­n Kewangan juga menjelaska­n pada masa ini kerajaan melaksanak­an langkah rasionalis­asi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia, yang berjaya mengurangk­an ketirisan dan memastikan pemberian subsidi yang bersasar.

“Penetapan harga runcit RON95 dan diesel dilaksanak­an dengan mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kadar tukaran wang asing secara mingguan iaitu purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga bagi minggu berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Masih beri subsidi

Pada masa ini, kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkut­an awam dan nelayan selain gas memasak.

Sementara itu, seorang ahli ekonomi di bank tempatan berkata antara langkah yang boleh dilaksanak­an kerajaan ialah menetapkan harga siling RON 95 serta diesel dan pengendali stesen minyak dibenarkan untuk menentukan harga jualan masing-masing yang disemak setiap hari, selagi berada di bawah harga siling.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, ini sama seperti diamalkan di negara maju seperti Australia dan United Kingdom yang mana persaingan harga bergantung kepada faktor seperti jumlah stesen minyak di sesebuah kawasan, jenama stesen dan dasar syarikat minyak.

Seorang ahli ekonomi di firma pengurusan pelaburan pula berkata, kerajaan mungkin boleh melaksanak­an sistem kupon, baucar atau kad debit, sama seperti sistem baucar buku atau kad debit pelajar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia