Berita Harian

JANGAN ADAKAN MAJLIS UMUM MURID CEMERLANG UPSR

Sekolah perlu jaga perasaan calon UPSR tak dapat 6A

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Pihak sekolah diminta tidak mengadakan majlis keraian untuk murid yang mendapat keputusan 6A sahaja dalam Ujian Pencapa- ian Sekolah Rendah (UPSR) yang keputusann­ya akan diumumkan Khamis ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ini bagi menjaga perasaan ratusan calon lain yang tidak mendapat keputusan cemerlang dengan perasaan tidak dihargai.

“Sempena keputusan UPSR diumumkan Khamis ini, janganlah dibebani kudrat guru dan perasaan murid dengan meraikan murid yang mendapat 6A sahaja.

“Tidak perlu guru bertungkus-lumus mengadakan majlis khas mengumumka­n murid yang cemerlang untuk naik ke pentas.

“Bukan saya halang majlis meraikan calon dapat 6A, kalau boleh, elok jangan buat,” katanya.

Bukan secara terpilih

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kejuaraan Robotik Dunia Peringkat Kebangsaan anjuran World of Robotics Sdn Bhd di Asia Pasific University of Technology and Innovation, Bukit Jalil, di sini, semalam.

Sebaliknya, beliau berkata, pihak sekolah perlu meraikan semua calon UPSR, bukan secara terpilih atau berkumpula­n.

Beliau berkata, UPSR hanya permulaan dan selepas ini mereka akan menduduki peperiksaa­n lebih besar termasuk Pen-

Mahdzir Khalid,, Menteri Pendidikan

taksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, mendidik tidak wajar dilihat dalam tempoh singkat, sebaliknya ia perjalanan panjang ke arah kemenjadia­n murid secara holistik, bukan sahaja pentaksira­n akademik, tetapi mencakupi tahap berfikir aras tinggi, psikometri­k, kurikulum dan sukan.

Seramai 443,794 calon menduduki UPSR tahun ini membabitka­n 8,085 pusat peperiksaa­n di seluruh negara.

Dalam pada itu, seramai 550 peserta menyertai Kejuaraan Robotik Dunia Peringkat Kebangsaan yang berlangsun­g tiga hari sejak Sabtu lalu membabitka­n 90 sekolah.

Tidak perlu guru bertungkus-lumus mengadakan majlis khas mengumumka­n murid yang cemerlang untuk naik ke pentas”

 ??  ?? Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan
Datuk Seri Mahdzir Khalid Menteri Pendidikan
 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Mahdzir bersama pemenang Kejuaraan Robotik Dunia Peringkat Kebangsaan, di Bukit Jalil, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Mahdzir bersama pemenang Kejuaraan Robotik Dunia Peringkat Kebangsaan, di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia