Berita Harian

MAYAT TIGA BERADIK ATAS KATIL, BAPA MATI TERGANTUNG

Nenek terkejut selepas masuk bilik

- Oleh Omar Osman

“Saya terkejut nampak menantu tergantung dan tiga cucu baring dalam keadaan berselimut atas katil dan tilam,” kata S Punita, 60, nenek kepada tiga beradik disyaki dibunuh bapa mereka yang kemudian dipercayai menggantun­g dirinya, semalam.

Katanya, kira-kira jam 5 pagi sebelum itu, dia terdengar seorang cucunya menangis dari dalam bilik di tingkat atas sebelum bertanyaka­n perkara itu kepada menantu lelakinya yang turun ke bawah.

“Saya tanya dia (menantu) ke- napa cucu menangis, tetapi dia kata mereka sedang tidur dan mungkin meracau. Selepas itu, dia naik semula dan saya tak dengar apa-apa lagi.

“Biasanya jam 11 pagi, tiga cucu saya itu akan turun minum dan makan, tetapi pagi tadi (semalam), mereka tak turun untuk sarapan. Saya cuba panggil beberapa kali tetapi tak ada jawapan, sebelum naik ke bilik untuk menyiasat.

Terkejut menantu tergantung

“Sebaik buka pintu, saya terkejut nampak menantu tergantung dan tiga cucu baring macam biasa dengan berselimut atas katil. Saya tidak berani kejut mereka lalu berlari turun dan segera menelefon polis,” katanya ketika di- temui, semalam.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Perdana Heights di sini, tiga beradik berusia lima hingga lapan tahun ditemui mati di atas katil dan tilam di bilik tidur tingkat atas kediaman itu, manakala bapa mereka berusia 49 tahun, tergantung di dalam bilik sama.

Mayat empat beranak itu ditemui nenek kepada tiga beradik berkenaan yang juga ibu mentua lelaki berusia 49 tahun terbabit, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Punita berkata, beberapa hari kebelakang­an, dia menyedari menantunya begitu resah, mungkin terlalu sedih dengan kematian isterinya awal bulan ini selain menghadapi masalah kewangan.

“Saya sedih dengan kejadian ini dan tidak menyangka tiga cucu dan menantu turut mati selepas 20 hari anak perempuan saya (ibu tiga kanak-kanak itu) meninggal dunia.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al-athrash Wahid, berkata hasil siasatan awal, polis percaya lelaki itu menggantun­g diri selepas membunuh tiga anaknya.

Masalah kewangan

“Kami percaya sebelum lelaki ini gantung dirinya, dia bunuh tiga anaknya dahulu. Kami percaya kemungkina­n dengan cara tekup muka anak dengan bantal,” ka- tanya menambah, kejadian dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

Setakat ini, katanya, kes itu diklasifik­asikan sebagai mati mengejut dan mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Anak sulung lelaki berkenaan berusia 20 tahun daripada perkahwina­n pertamanya, berkata dua hari lalu, dia dan adik perempuann­ya yang berumur 19 tahun berjumpa bapa mereka yang memaklumka­n berasa sedih.

“Saya tidak tahu sebab ayah sedih. Saya difahamkan semua adik juga sudah seminggu tidak ke sekolah selepas ibu mereka meninggal dunia 20 hari lalu,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO OMAR OSMAN/BH] ?? Anggota polis mengangkat mayat di sebuah rumah di Aman Jaya, semalam.
[FOTO OMAR OSMAN/BH] Anggota polis mengangkat mayat di sebuah rumah di Aman Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia