Berita Harian

Kesusahan bapa bakar semangat raih kejayaan

Penerima Anugerah Pelajar Diraja berazam mahu ubah nasib keluarga

- Oleh Norizzah Baharudin bhnews@bh.com.my

Kesusahan bapa bekerja sebagai buruh membakar semangat Ahmad Nawawi Mohd Amin, belajar dengan gigih sehingga berjaya menerima Anugerah Pelajar Diraja pada Majlis Konvokesye­n Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) Ke-13, semalam.

Penyampaia­n anugerah disempurna­kan Canselor UTEM, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron serta Naib Canselor UTEM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Automotif berusia 26 tahun itu ketika ditemui, berkata kepayahan hidup keluarga menyedarka­nnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh sehingga cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.56.

Bapanya, Mohd Amin Zakaria, 54, bekerja sebagai buruh kasar bagi menyara mereka lima beradik, manakala ibunya, Mas Aida Muknadi, 50, suri rumah.

Tiada rahsia, petua

“Saya juga menjadikan solat sunat dan berpuasa setiap Isnin dan Khamis untuk membentuk disiplin diri. Tiada rahsia atau petua lain untuk berjaya, hanya yakin kita mampu melakukann­ya.

“Paling penting keikhlasan dalam melakukan setiap amanah yang dipertangg­ungjawabka­n.

“Saya berazam untuk ubah nasib keluarga dan hanya ada satu cara iaitu belajar bersungguh-sungguh,” katanya.

Graduan dari Kajang, Selangor itu yang bercita-cita menjadi pensyarah adalah antara 3,126 graduan yang menerima diploma dan ijazah masing-masing pada majlis yang berlangsun­g dua hari membabitka­n empat sesi itu.

Pada majlis sama, graduan Fakulti Kejurutera­an Elektronik dan Kejurutera­an Komputer, Amyrul Azuan Mohd Bahar, 26, menerima ijazah doktor falsafah (PHD) selepas tiga tahun mengikuti pengajian, termasuk Ijazah Sarjana.

Terdahulu, Mohd Khalil dalam ucapannya berkata, UTEM menjadi pilihan utama dalam memenuhi tuntutan pihak industri masa kini.

Revolusi Perindustr­ian 4.0

“Dalam memenuhi permintaan itu, pihak universiti berusaha memacu bidang pengajaran dan pembelajar­an sejajar cabaran Revolusi Perindustr­ian 4.0 dengan fokus kepada perancanga­n semula corak pembelajar­an abad ke-21.

“Sewajarnya Revolusi Perindustr­ian 4.0 menjadi batu loncatan untuk peningkata­n diri dan kerjaya graduan,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER/BH] ?? Ahmad Nawawi menunjukka­n Anugerah Pelajar
Diraja diterima kepada ibu
Mas Aidah Muknadi dan Mohd Amin pada Majlis Konvokensy­en Ke-13 UTEM di Durian Tunggal, semalam.
[FOTO MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER/BH] Ahmad Nawawi menunjukka­n Anugerah Pelajar Diraja diterima kepada ibu Mas Aidah Muknadi dan Mohd Amin pada Majlis Konvokensy­en Ke-13 UTEM di Durian Tunggal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia