Berita Harian

Tabung Pahlawan, kelab Maritim Malaysia terima RM3,000

-

Dalam kejadian jam 12 tengah hari Rabu lalu, Pusat Operasi Armada Barat TLDM terima laporan melalui aplikasi Kesedaran, Keselamata­n Komuniti Maritim (K3M) memaklumka­n bot nelayan tempatan yang dikendali seorang tekong dan tiga awak-awak warga Thailand didakwa diganggu pihak berkuasa maritim asing di perairan berkenaan. Lumut: Sebagai tanda terima kasih, seorang pemilik bot di Pantai Remis menyumbang RM6,000 kepada Tabung Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia semalam.

Khor Hooi Chin, 36, menyumbang­kan masing-masing RM3,000 kepada kedua-dua tabung itu sebagai menghargai sumbangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Maritim Malaysia membantu menyelamat­kan bot miliknya bersama empat pekerja yang didakwa diganggu pihak berkuasa asing di kawasan perairan negara.

Terima laporan

Sumbangan diserahkan Hooi Chin kepada Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintah­an Armada Barat TLDM Kapten Azman Rabani dan Timbalan Pengarah Operasi Wilayah Utara Maritim Malaysia, Kapten Maritim Zulinda Ramly pada Majlis Kejayaan TLDM dan Maritim Malaysia menyelamat­kan bot nelayan itu di Jeti Ikan Pantai Remis, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari Rabu lalu, Pusat Operasi Armada Barat TLDM menerima laporan melalui aplikasi Kesedaran, Keselamata­n Komuniti Maritim (K3M) memaklumka­n bot nelayan tempatan yang dikendali seorang tekong dan tiga awak-awak warga Thailand didakwa diganggu pihak berkuasa maritim asing di perairan berkenaan.

Berikutan itu, TLDM menggerakk­an sebuah helikopter Super Lynx dan Kapal Diraja (KD) Kasturi, manakala Maritim Malaysia menghantar pesawat Bombardier CL 415 ke tempat kejadian yang terletak pada kedudukan kira-kira 129 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor.

“Difahamkan bot saya dikejar sebuah kapal dipercayai milik pihak berkuasa negara jiran sedangkan mereka masih berada di dalam perairan negara.

“Ketika cuba menyelamat­kan diri tiba-tiba bot rosak enjin namun kru bernasib baik kerana ada nelayan di situ yang membantu mereka dan meninggalk­an bot di tengah laut,” katanya ketika ditemui.

 ?? [FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI/BH] ?? Hooi Chin (lima dari kiri) menyerahka­n sumbangan RM6,000, masing-masing RM3,000 kepada Tabung Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia di Jeti Ikan Pantai Remis, Lumut, semalam.
[FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI/BH] Hooi Chin (lima dari kiri) menyerahka­n sumbangan RM6,000, masing-masing RM3,000 kepada Tabung Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia dan Kelab Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia di Jeti Ikan Pantai Remis, Lumut, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia