Berita Harian

68 raja dadah antara 702,319 ditangkap sejak 2014

Kerajaan terus giat perangi, kekang aktiviti musuh utama negara

- Oleh Nazura Ngah, Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif Abd Karim

Seramai 68 raja dadah adalah antara 702,319 individu yang ditangkap Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2014 hingga Oktober tahun ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata daripada jumlah itu, 21,731 individu adalah pengedar yang ditahan di bawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

27,914 warga asing ditahan

“Manakala kingpin (raja dadah) adalah seramai 68 orang dan warga asing adalah 27,914 orang.

“Dari segi jumlah sitaan barangbara­ng, hartanah dan harta pengedar dadah pula, berjumlah RM346 juta, sementara yang dilucut hak adalah RM46 juta,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, semalam.

Terdahulu, beliau mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah (JKMD) Siri Satu 2017.

Yang turut hadir dalam mesyuarat itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim serta Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ahmad Zahid berkata, di bawah Akta Dadah Berbahaya (LangkahLan­gkah Pencegahan Khas) 1985 pula, 3,336 orang ditahan sementara 252 orang lagi diberi status orang sekatan.

Geledah 106 makmal dadah

“Polis juga sudah menggeleda­h 106 makmal haram sepanjang tempoh itu. Tangkapan mereka yang mengembali­kan operasi makmal dadah ini pula adalah seramai 409 orang.

“Dari segi kategori makmal da- dah itu, 32 adalah makmal dadah mengeluark­an syabu, makmal heroin (50), makmal ecstacy (21) serta dua makmal lagi mengeluark­an erimin 5,” katanya.

Mengulas mengenai mesyuarat itu, Ahmad Zahid berkata, enam kertas pertimbang­an dan dua kertas makluman dibincangk­an termasuk keberhasil­an program penguatkua­saan, pendekatan baharu dalam penyelesai­an masalah dadah dan penubuhan sekolah integrasi di pusat pemulihan AADK.

“Kita sedar dadah masih musuh nombor satu negara dan usaha memerangi dadah akan diteruskan sebagai tanda komitmen jitu dan bersepadu kerajaan,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Ahmad Zahid mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah Siri Satu 2017 di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Ahmad Zahid mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Membantera­s Gejala Dadah Siri Satu 2017 di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia