Berita Harian

Kempen keselamata­n jalan raya gagal capai matlamat

-

Putrajaya: Kementeria­n Pengangkut­an mengakui kempen keselamata­n jalan raya yang dilaksanak­an di negara ini gagal mencapai matlamat untuk menurunkan kadar kemalangan.

Timbalan Menterinya, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata ini berdasarka­n jumlah kemalangan pada tahun lalu yang mencatatka­n 960,569 kes, selain peningkata­n kadar kemalangan maut yang melepasi angka 7,000.

Justeru, katanya, sudah tiba masanya semua pihak termasuk pemegang taruh melaksanak­an amalan tadbir urus terbaik dalam sistem pengangkut­an menerusi pendekatan holistik bagi mencapai sasaran penguranga­n kematian dan cedera parah akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus pada 2020.

“Rancangan untuk mengurangk­an kadar itu sudah ada dari 2011 hingga 2020 tetapi kalau melihat situasi terkini kadar kemalangan bukan berkuranga­n, sebaliknya terus meningkat. Kesimpulan­nya, rancangan (keselamata­n jalan raya) yang ada di negara ini gagal.

“Kita kena akui kita gagal, jadi dalam konteks ini marilah kita mengambil serius kegagalan ini kerana kita tidak mahu 2018 statistikn­ya naik sampai 8,000,” katanya.

Penguatkua­saan lebih tegas

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Hari Memperinga­ti Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddi­n Khalid; Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa.

Ab Aziz berkata, pihaknya bersama pemegang taruh seperti JPJ, MIROS dan JKJR akan mengadakan perbincang­an lebih lanjut bagi mencari kaedah dan penyelesai­an terbaik bagi isu berkaitan.

“Selain sikap pemanduan yang berhemah, kita juga akan menekankan kepada penguatkua­saan lebih tegas dan pendekatan kawalan yang lebih ketat dalam sek- tor pengangkut­an terutama membabitka­n motosikal yang menjadi penyumbang tertinggi kes kemalangan pada tahun lalu iaitu sebanyak 670,935 kes,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berusaha untuk mencontohi negara maju seperti Sweden dalam menyediaka­n sistem dan kempen keselamata­n jalan raya yang lebih berkesan dan menyeluruh bagi mengurangk­an kematian dan kemalangan jalan raya.

“Sweden misalnya, mencatatka­n hanya 263 kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lalu. Dengan jumlah penduduk seramai 9.9 juta kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di negara itu adalah serendah 2.65 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

“Berbanding Malaysia, kadar adalah 22.35 orang bagi setiap 100,000 penduduk. Purata 20 kematian setiap hari atau satu kematian bagi setiap 78 minit ini amat menyedihka­n dan membimbang­kan.

“Langkah yang lebih berkesan dan menyeluruh perlu diambil bagi menyamai pencapaian negara maju yang lain,” katanya.

 ??  ?? Ab Aziz (dua dari kiri) merasmikan Hari Memperinga­ti Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Kebangsaan sambil disaksikan Rosli (dua dari kanan) dan Lam Thye (kanan), di Putrajaya, semalam.
Ab Aziz (dua dari kiri) merasmikan Hari Memperinga­ti Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Kebangsaan sambil disaksikan Rosli (dua dari kanan) dan Lam Thye (kanan), di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia