Berita Harian

Kerajaan digesa bangun kit uji kandungan gula

-

Lumpur: Kerajaan diminta membangunk­an kit penguji (tester kit), alat untuk menguji tahap kandungan gula dalam satu-satu produk makanan, termasuk madu bagi menangani masalah penyakit berkaitan pengambila­n gula di negara ini.

Rasionalny­a, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap diabetes, demikian Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m dipetik sebagai berkata sebelum ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata ketika ini alat seumpama itu hanya digunakan untuk menguji kandungan gula dalam darah bagi mengesan penyakit diabetes di klinik mahupun hospital.

Kit ujian disedia penjual

“Justeru, PPIM menyaranka­n supaya Tester Kit ini disediakan penjual bagi memudahkan pengguna melihat tahap kandungan gula pada barangan dijual. Pada masa sama, penjual dapat menyelamat­kan perniagaan mereka.

“Kalau boleh orang ramai yang mampu turut membelinya untuk rujukan mereka sebelum membeli barangan,” katanya ketika diminta mengulas penjualan madu tiruan di negara ini.

Nadzim berkata, beliau tertarik dengan satu video yang viral menunjukka­n seorang pengguna menguji kandungan gula pada dua sampel minuman bergas dengan menggunaka­n kit ujian.

“Alat ini dengan tepat menunjukka­n kandungan gula dalam minuman berkenaan melebihi had untuk kegunaan manusia dan jika diminum berlebihan boleh menyebabka­n diabetes,” katanya.

Beliau turut menyifatka­n tindakan keji pengusaha dan penjual madu tiruan itu tidak ubah seperti ‘akibat setitik nila, habis rosak susu sebelanga’.

“Pada masa sama, PPIM mahu Kementeria­n Kesihatan serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) lebih kerap mengambil tindakan penguatkua­saan ke atas penjual madu tiruan,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad lalu.
Keratan akhbar BH Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia