Berita Harian

Denda RM20,000, penjara 5 tahun jual madu tiruan

Tindakan tegas pastikan produk capai standard antarabang­sa

- Oleh Osman Lisut, Rashiqah Ilmi Abdul Rahim dan Mohd Zulkifli Zainuddin

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap penjual madu yang tidak mematuhi piawaian mengikut Akta Makanan 1983 bagi memastikan produk mereka mencapai standard pengko- mersialan ditetapkan badan antarabang­sa.

Mengikut Peraturan 130, Peraturan-peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983, ia menetapkan produk madu mesti mengandung­i tidak kurang 60 peratus gula penurunan (reducing sugars), iaitu tahap glukosa dan fruktosa serta kandungan gula sukrosa tidak melebihi 10 peratus.

Ketua Pengarah Kementeria­n Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya memandang serius penjualan madu tiruan di pasaran dan kementeria­n tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha dan peniaga ingkar.

80 peratus tiruan

“Mengikut Seksyen 13B(2)(e), Akta Makanan 1983, pengusaha dan peniaga madu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan media yang merujuk kepada laporan BH berhubung madu tiruan di sini, semalam.

Ahad lalu, akhbar ini menyiarkan artikel bertajuk ‘Madu diabetes’ yang antara lain melaporkan kajian bekas profesor di Universiti Malaya, Dr Kamaruddin Mohd Yusoff, pada 2005 mendapati hampir 80 peratus pasaran madu lebah di negara ini adalah tiruan dan angka itu semakin meningkat.

BH melaporkan penipuan ini perlu diberi perhatian oleh pengguna kerana ia boleh menyebabka­n pelbagai penyakit dan komplikasi seperti kanser, diabetes serta jantung yang berpunca daripada cara pembuatan, tahap kebersihan, pemanasan dan campuran bahan asing.

Ini berikutan keputusan ujian lima sampel madu yang dibeli dari pelbagai premis untuk ujian makmal di Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang, baru-baru ini, bagi memastikan ketulenan madu di pasaran, didapati amat membimbang­kan.

Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidik­an Sains dan Teknologi Makanan MARDI, Dr Suri Roowi, dilaporkan berkata, kelimalima sampel madu berkenaan dan 10 lagi sampel yang diuji sebelum itu hanya mengandung­i hidroksi metil furfural (HMF) yang tinggi.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarka­n pemantauan kementeria­n melalui Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan kementeria­n, dari 2016 hingga kini, sebanyak 77 sampel produk madu pelbagai jenama di pasaran tempatan dikutip untuk ujian.

“Daripada jumlah itu, tujuh sampel produk berkenaan tidak mematuhi standard ditetapkan mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985.

“Kementeria­n turut mengambil tindakan penguatkua­saan dengan syarikat berkenaan diarah menarik balik produk terbabit daripada pasaran dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Petunjuk kualiti

Mengenai petunjuk kualiti madu, HMF, Dr Noor Hisham berkata, ia adalah bahan organik terhasil daripada hidrolisis gula akibat pemanasan, penyimpana­n pada suhu tinggi atau tempoh penyimpana­n yang lama.

“Bahan ini lazimnya digunakan sebagai petunjuk kualiti madu dan kandungann­ya akan meningkat apabila suhu meningkat dan tempoh penyimpana­n bertambah,” katanya.

Mengenai isu sama, Dr Suri berkata, maklumat mengenai khasiat madu jenis kelulut sangat kurang kerana Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 lebih menjurus kepada madu lebah biasa.

“Piawaian ini penting berikutan madu kelulut kini mendapat permintaan yang sangat tinggi kerana ia dikenal pasti mempunyai nilai kesihatan yang tinggi.

Selain kaya dengan nutrien dan asid fenolik, sifat antioksida­n yang tinggi dalam madu kelulut terbukti berupaya melawan sel kanser,” katanya.

Kementeria­n tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengusaha dan peniaga ingkar” Noor Hisham Abdullah,

Ketua Pengarah Kementeria­n Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia