Berita Harian

Keputusan pembekuan tak jejas isi rumah M40

-

Kuala Lumpur: Pembekuan pembinaan kondominiu­m mewah tidak memberi kesan ketara kepada pembeli tempatan, terutama golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n ( M40) dan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Md Daud Ismail, berkata keputusan itu hanya bersifat sementara dan akan ditarik semula sekiranya rumah sedia ada dapat dijual.

“Pembekuan ini hanyalah untuk kondominiu­m berharga lebih RM1 juta. Berdasarka­n data Jabatan Pe- nilaian dan Perkhidmat­an Harta (JPPH), jumlah rumah tak terjual untuk segmen ini adalah yang paling rendah berbanding segmen lain.

Stabilkan pasaran

“Pembekuan adalah untuk menstabilk­an pasaran dan ia bersifat sementara. Apabila rumah yang sedia ada dapat dijual, pembekuan akan ditarik semula,” katanya di sini, semalam.

Katanya, kesan ekonomi dan geopolitik global menyebabka­n penurunan permintaan dari pembeli asing terutama dari China dan Singapura khususnya di Johor yang hanya membenarka­n pembeli rumah berharga lebih RM1 juta oleh warga asing.

Beliau berkata, apabila keseimbang­an dicapai melalui pembekuan penawaran rumah baharu, harga kediaman bagi segmen itu tidak akan berubah.

“Sebaliknya pemaju akan meneruskan projek hartanah mewah yang memberikan pulangan besar. Berdasarka­n alasan ini, pembekuan tidak memberi kesan ketara kepada pembeli tempatan, terutama golongan B40 dan M40,” katanya.

Bagaimanap­un, Md Daud berkata, keputusan kerajaan untuk membina rumah baharu berharga bawah RM300,000 amat dialu-alukan dan sesuai dengan matlamat kerajaan untuk meningkatk­an kesejahter­aan rakyat terutama golongan B40.

“Keputusan ini memberi keyakinan kepada rakyat terhadap janji kerajaan untuk menyediaka­n rumah mampu milik kepada golongan B40.

“Walaupun permintaan rumah segmen ini melebihi penawaran, kerajaan harus berhati-hati agar tidak berlaku kes rumah baharu tak terjual seperti sekarang dan menyebabka­n kerugian kepada pemaju,” katanya.

Pembekuan adalah untuk menstabilk­an pasaran dan ia bersifat sementara. Apabila rumah yang sedia ada dapat dijual, pembekuan akan ditarik semula” Md Daud Ismail, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia