Berita Harian

Braun Buffel sumbang RM130,000 kepada UNICEF

-

Kuala Lumpur: Tabung KanakKanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menerima sumbangan RM130,000 daripada pereka dan pengeluar barang serta aksesori kulit berkualiti tinggi, Braun Buffel, sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.

Ketua Bahagian Pengumpula­n Dana Persendiri­an dan Perkongsia­n UNICEF, Richard Beighton, berkata sumbangan terbabit akan dimanfaatk­an bagi melaksanak­an agenda menghentik­an penderaan terhadap kanak-kanak dan hak pendidikan yang menjadi antara matlamat utama disuarakan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia kali ini.

Bantu program UNICEF

Katanya, sumbangan itu juga dapat membantu program diketengah­kan UNICEF untuk terus komited memperjuan­gkan suara kanak-kanak seluruh dunia.

“UNICEF mengambil inisiatif melaksanak­an kajian lapangan terhadap kanak-kanak dan harapan serta kebimbanga­n mereka.

“Kami sedar kanak-kanak di beberapa negara lain berdepan masalah kekurangan nutrisi makanan manakala hak pendidikan dinafikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan sempena Sambutan Hari Kanak-kanak yang diraikan di sebuah restoran di sini, semalam.

Sumbangan disampaika­n Pengarah Urusan Lianbee-jeco iaitu anak syarikat Braun Buffel, Gan Teck Hock, kepada Beighton.

Beighton berkata, sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia diraikan setiap tahun, namun ia agak berbeza kali ini.

“Menerusi kempen kali ini, kami mengambil peluang memberi maklumat berhubung jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilihat semakin membimbang­kan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia