Berita Harian

Tunku Aminah terima PSI Pangkat Pertama

Sultan Johor kurnia darjah kebesaran kepada puteri

- Oleh Zuraidah Mohamed

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, semalam berkenan mengurniak­an Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama (PSI I) kepada anakanda baginda, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Menurut Facebook rasmi Sultan Johor, penganuger­ahan pingat itu sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor yang berlangsun­g di Bilik Singgahsan­a, Istana Besar di sini.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Yang turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Tun Aminah serta suami, Dennis Muhammad Abdullah; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Yang turut hadir Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli serta Menteri Besar, Datuk Seri Moha- med Khaled Nordin.

Pada majlis itu, Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Daing Malik Daing Rahaman menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Datuk Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ).

Seramai 14 orang menerima Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ), manakala 60 menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (PSI II) dan 21 menerima Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Ketiga (PSI III).

 ?? [FOTO IHSAN ROYAL PRESS] ?? Sultan Ibrahim mengurniak­an Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama kepada Tunku Tun Aminah Maimunah di Istana Besar, Johor Bahru, semalam.
[FOTO IHSAN ROYAL PRESS] Sultan Ibrahim mengurniak­an Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Pertama kepada Tunku Tun Aminah Maimunah di Istana Besar, Johor Bahru, semalam.
 ??  ?? Sultan Johor mengurniak­an Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjung Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Daing Malik.
Sultan Johor mengurniak­an Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjung Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Daing Malik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia