Berita Harian

Prasarana perluas kerjasama dengan IPT

-

Shah Alam: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengorak langkah dalam transforma­si pengangkut­an awam dengan memperluas­kan kerjasama dengan institut pengajian tinggi (IPT).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, berkata kerjasama dimeterai dengan Universiti Teknologi MARA (UITM) bertujuan memperluas­kan kepakaran dalam bidang kejurutera­an dan operasi kereta api.

“Kerjasama ini tidak seperti kursus biasa ada struktur dan silibus, tetapi cara kita boleh berkongsi pengalaman bagi memantapka­n program di UITM.

“Paling mustahak, hasil dikeluarka­n UITM dapat memenuhi kehendak industri dan fokus bagi penuhi kehendak industri kereta api yang berkembang pesat.

“Jika IPT tidak dapat memenuhi keperluan ini, kita terpaksa mencari tenaga kerja dari luar negara dan ini merugikan peluang graduan negara sendiri,” katanya pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) Kerjasama dalam Kejurutera­an dan Operasi Kereta Api di antara UITM dan Rapid Rail Sdn Bhd di sini, semalam.

MOU itu ditandatan­gani Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman, manakala UITM oleh Canselorny­a, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Yang turut menyaksika­n MOU itu, Pengurus Akademi Rapid Rail dan Timbalan Naib Canselor, Industri Rangkaian Masyarakat dan Alumni, UITM, Prof Dr Zaini Abdullah.

Azmi berkata, kerjasama itu tidak memerlukan UITM mewujudkan kursus baharu, sebaliknya menstruktu­r semula program sedia ada, selari kehendak industri.

Sementara itu, Hassan berkata, MOU itu lebih menjurus kepada aspek penyelidik­an, pendidikan dan beberapa perkara berkaitan.

“Selain sokongan Prasarana dalam bidang ini, kita akan bekerjasam­a dengan Rapid Rail untuk melaksanak­an kajian bagi membangunk­an modal insan dalam bidang pengangkut­an ini.

“Kejurutera­an kereta api adalah bidang baharu bagi UITM, maka kami akan memasukkan elemen pembelajar­an di sini,” katanya.

 ??  ?? Azmi Abdul Aziz
Azmi Abdul Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia