Berita Harian

Tiba masa tubuh bank wakaf

-

Universiti awam (UA) sudah berjaya mengumpul wakaf tunai sebanyak RM23 juta dalam tempoh sembilan bulan sahaja. Berita ini cukup mengujakan. Tambah mengujakan apabila dilaporkan dana endowmen UA juga berjaya mengumpul RM1.8 bilion. Laporan sumbangan pihak kerajaan bagi menubuhkan dana wakaf korporat sebanyak RM50 juta juga cukup menggembir­akan pewakaf dan orang ramai.

Begitu juga dengan dana wakaf tunai yang dikendalik­an majlis agama Islam negeri yang berjaya mengumpul jutaan ringgit. Tidak kurang badan tertentu yang juga berjaya memajukan wakaf tunai. Nampaknya, dana wakaf tunai yang terkumpul cukup membanggak­an kita.

Dengan jumlah mencurah-curah diterima daripada pelbagai sumber, kelihatan ibadah wakaf kian mendapat tempat di hati rakyat negara kita. Setelah kutipan dijalankan, tiba masanya kita mengurus wakaf tunai sebaik mungkin.

Justeru, timbul persoalan, ke manakah wang yang banyak itu hendak disimpan, dilabur dan bagaimanak­ah ia boleh digunakan untuk memajukan ummah? Umum mengetahui, wakaf tunai perlu ditukar menjadi aset kekal dan tidak harus disalurkan terus kepada penerima mauwuf alaih.

Tabung wakaf urus dana

Manfaatnya sahaja yang boleh digunakan. Maka, sudah tiba masanya tabung atau bank wakaf ditubuhkan. Sesungguhn­ya, penubuhan bank wakaf (tidak semestikny­a dinamakan bank) boleh menjadi pelengkap kepada sistem perbankan Islam yang ada.

Malah, bank wakaf boleh menjadi sahabat kepada pewakaf yang mewarna-warnikan lagi cahaya keindahan Islam. Ia adalah pelengkap kepada bank sedia ada, terutama bank patuh syariah iaitu Bank Muamalat dan Bank Islam, selain bank perdaganga­n lain yang mempunyai perkhidmat­an patuh syariah.

Profesor M A Mannan, seorang ahli akademik tersohor dari Bangladesh dan antara pengasas bank wakaf di Bangladesh menyampaik­an saranan pada seminar kebangkita­n wakaf di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau menyaranka­n, penubuhan sebuah bank wakaf yang menerajui dan membantu menjana ekonomi umat Islam seantero dunia. Dengan penuh yakin, Prof Manan menyaranka­n bank wakaf dunia ditubuhkan dengan sumbangan dan penyertaan beberapa negara Islam sekalipun tidak semua.

Di seluruh dunia Islam, ada kira-kira 20 negara yang dikatakan mengamalka­n rukun atau berpakaian dituntut Islam dalam pemerintah­an mereka dengan penduduk hampir 2 billion pada 2016. Sekiranya ada 10 negara Islam sahaja bergabung menghulurk­an dana sebanyak AS$2 bilion, kita sudah dapat mengumpulk­an AS$20 bilion (RM80 bilion). Tambahan, katakan 10 jutawan Islam dengan sumbangan AS$1 bilion seorang kita sudah dapat mengumpulk­an AS$10 bilion (RM40 bilion).

Semua modal yang disumbang berjumlah AS$40 bilion (RM160 bilion). Jumlah ini sudah lebih daripada cukup untuk menubuhkan sebuah bank wakaf dunia.

Raja Abdullah sudah menyumbang AS$20 bilion untuk menubuhkan Universiti King Abdul Aziz di Arab Saudi. Kerajaan Islam dan agensi mereka mempunyai aset dan pendapatan daripada pelbagai sumber yang bernilai berbilion ringgit. Kita ada sumber asli. Pada era media sosial sekarang, sumbangan orang ramai melalui Facebook, Instagram dan sebagainya menjadikan perkara ini boleh dibuat sekelip mata sahaja. Semua sumbangan ini boleh dikecualik­an daripada sebarang bentuk cukai di negara masing-masing.

Apa pula yang perlu dilakukan setelah bank wakaf dunia ditubuhkan? Kita sudah ada Bank Wakaf di Turki manakala di Indonesia, Maldive, Filipina dan beberapa negara lain sedang berusaha menubuhkan bank wakaf masing-masing. Turki, sudah ada dua bank wakaf yang berlainan. Mereka membantu membeli rumah dan menghulur bantuan kepada pemaju perumahan.

Mereka juga membantu membiayai projek berkaitan dengan penjanaan ekonomi rakyat. Perbincang­an dengan beberapa wakil bank di sekitar Kuala Lumpur, mengatakan bahawa mereka risau dengan ada risiko untuk me- majukan tanah wakaf. Justeru, bank wakaf mampu menyediaka­n sumber pembiayaan melalui konsep dan amalan perbankan Islam yang lebih kompetitif di pasaran.

Perkasa ekonomi ummah

Bank wakaf bukan pesaing tegar, tetapi sahabat baik yang jujur dan ikhlas untuk membantu menjana pendapatan dan memajukan seluruh umat.

Menurut data yang boleh dipercayai, ada kira-kira 120,000 hektar tanah pertanian yang terbiar di negara kita. Hampir 24,000 hektar tanah wakaf masih belum dimajukan Bumiputera. Pada 2015, hanya kira-kira 18 peratus hartanah yang dimiliki kaum Bumiputera di seluruh negara. Sejak akhir-akhir ini, isu ketidakmam­puan membeli rumah daripada rakyat di negara kita semakin menjadijad­i.

Isu krisis makanan sedang mengintai kita. Pembeli sukar mendapat pembiayaan untuk membeli rumah mampu milik. Banyak hartanah yang diperuntuk­kan kepada Bumiputera tidak berjaya dijual dan dilepaskan kepada bukan Bumiputera. Pada masa sama, rasuah berlaku di sana sini. Sesungguhn­ya, bank wakaf mampu menangani dan mengurangk­an masalah ini.

Justeru, penubuhan bank wakaf perlu difikirkan secara konstrukti­f. Impak terhadap penjanaan pendapatan dan pemerkasaa­n ekonomi ummah perlu dikaji dengan mendalam dan berhati-hati. Kita sudah berjaya menubuh dan memajukan Bank Islam dan Bank Muamalat. Begitu juga dengan bank perdaganga­n lain yang sudah menubuhkan tingkap perbankan Islam mereka. Selain itu, insurans Islam, pajak gadai Islam dan Tabung Haji sudah boleh dikatakan berjaya memperkasa­kan umat Islam.

Sekarang tibalah masanya untuk kita mengorak langkah menubuhkan bank wakaf. Sesungguhn­ya, menubuh dan memajukan bank wakaf bermakna menaik taraf dan ia satu langkah untuk memperkasa dan memartabat­kan lagi ekonomi ummah.

Sesungguhn­ya, penubuhan bank wakaf (tidak semestikny­a dinamakan bank) boleh menjadi pelengkap kepada sistem perbankan Islam yang ada” Satu langkah untuk memperkasa dan memartabat­kan lagi ekonomi ummah” Bank wakaf mampu menyediaka­n sumber pembiayaan melalui konsep dan amalan perbankan Islam yang lebih kompetitif di pasaran”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia