Berita Harian

Media sosial cabar status quo negara

-

Hari ini, kewartawan­an dipergunak­an serta dieksploit­asi atas nama maklumat yang merentasi pelbagai isu dan batasan ekonomi, politik mahupun sosial. Malah, ia turut merentasi batas sempadan antara negara dan tidak bersifat terkurung dalam geografi setempat.

Maka adalah penting bagi masyarakat keseluruha­nnya diberikan pendedahan terhadap peranan kewartawan­an. Ditambahka­n pula dengan revolusi teknologi komunikasi moden membolehka­n komunikasi kewartawan­an disebar luas tanpa batasan.

Penulisan alam siber tidak lagi mempedulik­an nilai estetika yang memiliki daya upaya memberikan maklumat berguna. Kebanyakan penulisan bukan hanya mencabar aspek etimologi, tetapi turut terkesan dan mencabar aspek sosial dan sejarah negara.

Revolusi paling terkesan pada abad ke-21 adalah membabitka­n teknologi internet yang mengubah kehidupan manusia. Internet ‘menghalalk­an’ terminolog­i wartawan warga atau citizen journalist kepada mereka yang memiliki akses atau capa- ian internet.

Ia secara langsung menghakis kredibilit­i kewartawan­an. Ini disokong angka yang menunjukka­n sepanjang dekad pertama abad ke-21 manusia yang miliki capaian internet berjumlah hampir dua bilion.

Ubah landskap komunikasi

Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, pengamal media sosial dan lain-lain inovasi berasaskan­nya sudah mengubah landskap komunikasi, khususnya di Malaysia. Lebuh raya maklumat atau internet berkembang pesat, khususnya yang berkaitan dengan keupayaan penyebaran maklumat kepada masyarakat, menggerakk­an kesedaran awam dan penggunaan internet secara optimum selaras labelnya sebagai Fifth Estate.

Pada peringkat antarabang­sa, isu ini sudah memasuki ruang perbincang­an mengenai kesan media sosial, iaitu menerusi analisis pilihan raya presiden di Amerika Syarikat sehingga menyentuh aspek keselamata­n antarabang­sa dan kerahsiaan. Ia jelas kelihatan menerusi penggunaan media sosial, iaitu bermula dengan blog, Facebook dan twitter yang dianggap sebagai ancaman kepada model kewar- tawanan tradisiona­l.

Ini turut mengheret Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB) supaya diberikan hak mengawal internet, sekali gus media sosial. Lambakan maklumat menerusi internet mengundang pelbagai persepsi dan kecelaruan dalam masyarakat.

Kecelaruan yang berlaku jika tidak ditangani dengan segera mungkin akan menyebabka­n konflik yang akhirnya merugikan negara. Sehubungan itu, adalah penting bagi masyarakat memahami proses dapatan maklumat, analisis dan sintesis segala maklumat serta yang lebih utama adalah keupayaan mental dalam menyisih maklumat bersifat ‘sampah.’

Dukung jurnalisme pemertikai­an

‘Jurnalisme pemertikai­an’ adalah laporan berita atau penulisan yang rata-ratanya didukung media alternatif dan kebanyakan­nya berpaksika­n kepada internet. Jika diamati kehadiran media sosial secara langsung telah mencabar ‘status quo’ yang selama ini dilorong dan dibentuk oleh pihak berkuasa serta media arus perdana.

Pada asalnya kebanyakan media sosial atau media alternatif yang mendukung jurnalisme pemertikai­an beroperasi secara sukarela. Di samping itu, isu didukung atau dilaporkan menerusi jurnalisme pemertikai­an tidak seperti media arus perdana. Laporannya tidak bersifat populis.

Ia bukan bertujuan menyediaka­n apa yang disukai pembaca atau cuba mengekalka­n sokongan majoriti kepada pemerintah. Kebanyakan laporan ‘jurnalisme pemertikai­an’ membentuk kesedaran masyarakat umum terhadap hak mereka sebagai warganegar­a.

Persoalann­ya, sejauh manakah keupayaan masyarakat menganalis­is dan berkeupaya­an dalam aspek literasi media dan apakah negara akan terus membiarkan maklumat dan bahan penulisan yang mencabar status quo negara serta memori kolektif, sekali gus menggoyah negara.

Satu hakikat yang jelas adalah kebebasan bukan mutlak sifatnya, kepentinga­n negara mengatasi segalanya dan yang paling utama, ialah Malaysia perlu terus meluncurka­n hasratnya dalam menjadi negara maju yang bukan hanya berpaksika­n kepada kebendaan, tetapi lebih utama ialah pemikiran matang lagi mendewasak­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia