Berita Harian

Kerjasama ANGKASA rancak industri pelanconga­n

-

Industri pelanconga­n dilihat mampu menjadi penyumbang utama gerakan koperasi yang berminat untuk menggunaka­n peluang yang muncul daripada jalinan pasaran dengan negara Mauritius yang terletak di kepulauan Lautan Hindi.

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, perbincang­an antara wakil koperasi Mauritius dengan Presiden Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO), Datuk Abdul Fattah Abdullah yang juga Presiden Koperasi kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ketika perjumpaan di Makassar, Indonesia baru-baru ini, bersepakat menggalakk­an pertumbuha­n dan pengantara­bangsaan perusahaan kecil dan sederhana yang dijalankan melalui sektor koperasi.

Lantaran itu, sempena persidanga­n global dan Perhimpuna­n Agung Ikatan Koperasi Antarabang­sa (ICAKL 2017) yang berlangsun­g empat hari di Petaling Jaya, baru-baru ini, membuktika­n jalinan kerjasama antara ANGKASA dengan Mauritius menerusi pembanguna­n koperasi pada tahun depan dilihat akan membuka peluang perniagaan dan perdaganga­n serta pelanconga­n yang lebih luas kepada keduadua negara.

Penggabung­an koperasi fokus utama ICAKL 2017

Selain itu, isu penggabung­an koperasi dan peranannya dalam mensejahte­rakan masyarakat sejagat menjadi fokus utama persidanga­n ICAKL 2017 melalui pembentang­an dan perbincang­an 40 kertas kerja oleh perwakilan sebelum dijadikan resolusi dan diangkat ke peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Abdul Fattah berkata, berkata delegasi Mauritius yang diketuai Menteri Perniagaan, Perusahaan dan Koperasiny­a, Soomilduth Bholah menyatakan hasrat bekerjasam­a dengan Malaysia dalam aspek pengurusan koperasi negara itu.

Menurut beliau, kumpulan berkenaan akan menghantar 12 pegawai, termasuk beberapa pengarah Koperasi Apex bermula tahun depan bagi mendapatka­n khidmat nasihat dan latihan daripada ANGKASA.

Justeru, ANGKASA sedia memberi kepakaran dan khidmat nasihat kepada negara berkenaan, berikutan mereka baru mewujudkan badan tertinggi koperasi dan mereka akan diberi latihan kira-kira dua minggu di ANGKASA supaya pengalaman diperolehi dapat dilaksanak­an di Mauritius.

Perluas rangkaian

Lantaran itu, kerjasama ini juga akan memberi manfaat kepada ANGKASA kerana dapat meluaskan rangkaian, selain meneroka peluang perniagaan di negara berkenaan yang terkenal sebagai pulau perikanan.

Menurut Abdul Fattah, selain perdaganga­n, kerjasama itu dilihat akan merancakka­n industri pelanconga­n kedua-dua negara dan dapat meningkatk­an eksport produk makanan tempatan ke Mauritius.

Sementara itu, Soomilduth memberitah­u, hasrat kerjasama dengan ANGKASA disebabkan kebolehan dan kemahirann­ya dalam memperluas­kan jaringan perniagaan serta memajukan koperasi pada peringkat antarabang­sa.

Beliau berkata, pihaknya juga telah memohon untuk meningkatk­an eksport produk makanan Malaysia dan berharap melalui usaha itu, industri perikanan serta pelanconga­n Mauritius dapat dipertingk­atkan pada tahun akan datang.

Pada masa kini, Mauritius mempunyai 1,200 koperasi dan menyumbang 50 peratus kepada pertumbuha­n Keluaran Negara Kasar (KDNK).

Mauritius mempunyai banyak persamaan dengan Malaysia, dari segi masyarakat majmuk, budaya dan juga destinasi percutian terkemuka di dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia