Berita Harian

Projek terbiar bimbangkan penduduk

Empat bulan terhenti, lokasi terbengkal­ai dikhuatiri biak nyamuk

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

Hampir empat bulan kerja pembinaan projek kediaman mewah di Jalan Melawati 3, Taman Melawati, di sini terhenti, mencetuska­n tanda tanya dan kebimbanga­n dalam kalangan penduduk sekitar.

Penduduk mendakwa, projek itu terhenti sekitar September lalu, dipercayai kerana pemaju berdepan masalah kewangan yang turut mengakibat­kan buruh binaan hilang kerja.

Apa yang membimbang­kan penduduk, kawasan projek terbengkal­ai itu menjadi tempat pembiakan nyamuk selain mencacatka­n pemandanga­n di situ.

Tinjauan Halaman Kota ke kawasan berkenaan, mendapati tiada kerja pembinaan dijalankan, malah struktur projek dilihat ter- henti di tingkat empat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati Zon A, B dan C, Razman Hakimi Abdullah, berkata penduduk pernah cuba mendapatka­n penjelasan daripada pemaju, namun gagal.

“Kami ada menghubung­i pihak pengurusan projek dan pemaju, namun tiada maklum balas daripada mereka.

“Malah, penduduk juga ke pejabat jualan bersebelah­an tapak projek, tetapi pekerja di situ turut tutup mulut,” katanya.

Undang masalah kesihatan

Difahamkan, projek bangunan kediaman lebih 20 tingkat itu dibina di kawasan seluas kira-kira 1.45 hektar yang dahulunya adalah sebuah rumah kelab, Century Paradise Country Club atau KK Club.

Lokasi projek itu kurang 30 meter dari laluan masuk ke taman perumahan Zon C, Taman Melawati.

Razman berkata, penduduk bim- bang jika projek berkenaan terus terbengkal­ai, ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada masyarakat sekitar.

“Kawasan perumahan di sini antara lokasi panas denggi. Jika projek terbengkal­ai, kita khuatir ia akan menambah jumlah sarang pembiakan nyamuk aedes.

“Kami juga bimbang jika kawasan itu diceroboh pendatang asing tanpa izin atau menjadi tempat penagih dadah melepaskan gian kerana terdapat beberapa pagar yang roboh.” katanya.

Katanya, perkara itu sudah dimaklumka­n kepada Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) untuk tindakan lanjut termasuk membuat pemantauan di kawasan projek berkenaan.

“MPAJ ada beri maklum balas kepada kami dan sedang menunggu tindakan pemaju berkenaan. Kita harap MPAJ pantau kawasan projek bagi memastikan masalah yang dikhuatiri ini dapat dielakkan.” katanya.

Kawasan perumahan di sini antara lokasi panas denggi. Jika projek terbengkal­ai, kita khuatir ia akan tambah jumlah sarang pembiakan nyamuk aedes” Razman Hakimi Abdullah, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati Zon A, B dan C

 ?? [FOTO MOHD FHARKHAN ABDUL GHAPAR/BH] ?? Tinjauan di sekitar tapak projek mendapati tiada kerja pembinaan dijalankan, malah struktur projek dilihat terhenti di tingkat empat.
[FOTO MOHD FHARKHAN ABDUL GHAPAR/BH] Tinjauan di sekitar tapak projek mendapati tiada kerja pembinaan dijalankan, malah struktur projek dilihat terhenti di tingkat empat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia