Berita Harian

Projek ECRL banyak manfaat

Bantu tarik pelabur ke Pantai Timur termasuk Kelantan

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Attirmidzi­e Rahman

Projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mampu memberi banyak manfaat seperti menarik pelabur ke Pantai Timur, termasuk Kelantan.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata projek berkenaan juga mampu menambah baik hubungan di antara negeri Pantai Timur dan Barat.

Lihat kesan menyeluruh

“Kita perlu melihat kesan projek ini secara menyeluruh, jangan sempitkan pemikiran kerana kemudahan ECRL akan memberi banyak kebaikan kepada Kelantan.

“Peniaga khususnya dapat membawa barang jualan ke negeri lain, lebih ramai pelabur juga dapat ditarik ke Kelantan. Jangan kata ECRL tidak penting atau tidak perlu didahuluka­n,” katanya ketika ditemui di luar sidang Dewan Undangan Ne- geri (DUN) Kelantan, di sini semalam.

Yang terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Infrastruk­tur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad (Pas-pengkalan Pasir), menyifatka­n projek Central Spine Road (CSR) lebih penting berbanding ECRL.

Ditemui selepas Seminar Peluang Pelaburan dan Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Mustapa berkata, seramai 10,000 peniaga dalam talian disasar menyertai syarikat e-dagang, Ali Baba Group menjelang akhir 2018.

Katanya, mereka disasar berbuat demikian menerusi inisiatif Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) dengan 1,972 usahawan PKS sudah tersenarai dalam syarikat e-dagang terbesar dunia itu.

Mampu ke peringkat global

“Menerusiny­a, usahawan PKS dalam negara mampu menembusi pasaran ke peringkat lebih tinggi khususnya pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata, usaha giat dijalankan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Pembanguna­n Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp).

Dalam perkembang­an berkaitan, Mustapa berkata, beliau dukacita dengan penyertaan peniaga PKS di Kelantan dalam syarikat e-dagang antarabang­sa itu kerana jumlahnya setakat ini amat kecil iaitu 16 peniaga sahaja.

 ?? [FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] ?? Mustapa melawat ruang pameran selepas merasmikan Seminar Peluang Pelaburan dan Pembanguna­n PKS di Kota Bharu, semalam.
[FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] Mustapa melawat ruang pameran selepas merasmikan Seminar Peluang Pelaburan dan Pembanguna­n PKS di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia