Berita Harian

Polis digesa ambil tindakan tegas terhadap Kor Ming

-

Ipoh: Pelbagai pihak semalam menggesa tindakan tegas diambil terhadap Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming yang mengeluark­an kenyataan biadab dan berbaur perkauman pada satu majlis ceramah, Khamis lalu.

Pemuda UMNO negeri bersama Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Perak dan Parlimen Belia Malaysia Perak serta Nadi Rakyat, mahu tindakan terhadap wakil rakyat terbabit diambil mengikut Akta Hasutan.

Wakil Pemuda UMNO negeri, Mohd Fauzi Mohaidin, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang itu mengeluark­an kenyataan demikian ketika berceramah di Kampung Simee, Khamis lalu.

Katanya, Kor Ming menggelar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan gelaran perkauman bercampur maki hamun lucah berhubung anugerah diterima Menteri Besar daripada The Brandlaure­tte, baru-baru ini.

“Saya mewakili Pemuda UMNO meminta polis mengambil tindakan tegas kerana kita khuatir budaya menghina pemimpin ini menjadi virus kepada pembangkan­g atau rakyat di luar sana,” katanya.

Mohd Fauzi bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain membuat laporan berhubung isu terbabit di Balai Polis Sungai Senam di sini, semalam.

Wakil Parlimen Belia Malaysia Perak, Mohd Adri Adha Mohamad pula berkata, sebagai pemimpin, Kor Ming tidak sepatutnya mengeluark­an kenyataan sedemikian dalam ceramah politik.

“Kenyataan itu cukup biadab, mengandung­i kata-kata kesat terhadap pemimpin negeri. Kami tuntut Kor Ming minta maaf secara terbuka dan memohon maaf pada sidang Dewan Undangan Negeri esok (hari ini),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi, mengesahka­n menerima laporan berkenaan.

 ?? [FOTO EFFENDY RASHID/BH] ?? Wakil tujuh NGO membuat laporan polis terhadap Kor Ming di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, semalam.
[FOTO EFFENDY RASHID/BH] Wakil tujuh NGO membuat laporan polis terhadap Kor Ming di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia