Berita Harian

‘Kenyataan PM Singapura boleh jejas hubungan baik’

-

Kuala Lumpur: Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk keras kenyataan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang memperleke­hkan permohonan Malaysia untuk semakan keputusan tuntutan Pulau Batu Puteh.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata tuduhan Hsein Loong kononnya niat sebenar Malaysia membuat tuntutan itu kerana pilihan raya umum adalah tidak bertanggun­gjawab serta boleh merosakkan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Sebagai negara yang berdaulat, Malaysia sudah memfailkan permohonan itu pada 2 Februari lalu berdasarka­n penemuan fakta baharu melalui tiga dokumen di dalam Arkib Negara United Kingdom pada 4 Ogos 2006.

Hak dipatuhi Malaysia

“Keputusan membuat permohonan tuntutan selepas enam bulan penemuan fakta baharu itu adalah hak yang diberikan dan dipatuhi oleh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Semalam, ketika berucap pada Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP), Hsein Loong berkata, tuntutan semula Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh mungkin ada kaitan dengan pilihan raya umumnya.

“Sebagai peringatan, Parlimen Malaysia masih belum dibubarkan hingga hari ini, lebih setahun dari tarikh penemuan fakta baharu itu,” katanya.

Serah memorandum bantahan

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, menyerahka­n memorandum bantahan kepada Timbalan Pesuruhjay­a Tinggi Singapura, Mark Neo di Suruhanjay­a Tinggi Republik Singapura, di sini, jam 4 petang semalam.

“Dalam semangat setia kawan ASEAN, yang sedang membentuk satu komuniti ASEAN, pemimpin negara terbabit hendaklah menunjukka­n rasa hormat kepada negara anggota yang lain.

“Jika timbul sebarang isu, ia seharusnya ditangani menerusi saluran diplomasi yang betul,” katanya.

 ?? [FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] ?? Khairul Azwan (dua dari kiri) bersama wakil Pemuda Umno menyerahka­n memorandum bantahan di Suruhanjay­a Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO HAFIZ SOHAIMI/BH] Khairul Azwan (dua dari kiri) bersama wakil Pemuda Umno menyerahka­n memorandum bantahan di Suruhanjay­a Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia