Berita Harian

Tiga kejayaan gelombang 1 PPPM

Formula berkesan bentuk pelajar bersaing pada peringkat global

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ialah platform membentuk murid secara menyeluruh sebagai persediaan awal untuk mampu bersaing pada peringkat global menjelang 2025.

Kementeria­n Pendidikan menzahirka­n harapan tinggi bagi memastikan pelan pendidikan menyeluruh selama 13 tahun itu meletakkan Malaysia antara negara yang mengamalka­n sistem pendidikan terbaik di dunia.

Secara amnya, PPPM 2013-2025 terbahagi kepada t i ga fasa yang dinamakan Gelombang 1, 2 dan 3.

Sebagai permulaan, Gelombang 1 PPPM (2013-2015) memfokuska­n kepada tiga keberhasil­an utama yang perlu dicapai.

Fokus berkenaan ialah 100 pe- ratus murid menguasai program Literasi dan Numerasi (LINUS) selepas tiga tahun persekolah­an, peningkata­n enrolmen murid dan penguranga­n 25 peratus jurang bandar dan luar bandar.

LINUS membantu kesemua tiga kohort murid bagi mencapai kadar 99 peratus masing-masing dalam literasi bahasa Melayu dan numerasi pada akhir Tahun Tiga.

Enrolmen meningkat

Kadar penguasaan literasi bahasa Inggeris murid bagi kohort terbabit pada 2015 pula meningkat sebanyak 15.81 peratus, apabila ia mencatatka­n 94.11 peratus berbanding 78.3 peratus pada 2014.

Daripada segi enrolmen sekolah rendah, usaha bersepadu kementeria­n membabitka­n agensi awam dan swasta mencapai kadar 98 peratus pada 2015 berbanding 94.4 peratus pada 2013.

Pada masa sama, kementeria­n mengatasi sasaran awal sebanyak 25 peratus membabitka­n jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), apabila berjaya merekodkan catatan sebanyak 31.6 peratus.

Sementara itu, Gelombang 2 PPPM bermula 2016 hingga 2020 menyasarka­n perubahan secara langsung dalam sistem pendidikan negara termasuk usaha memberikan laluan pendidikan yang lebih luas dan fleksibel, menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET), Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan Murid Berkeperlu­an Khas (MBK).

TVET dikenal pasti sebagai satu aspek penting dalam memastikan Malaysia menjadi negara maju pada 2020 apabila dianggarka­n hampir sejuta pekerjaan memerlukan sijil atau diploma kemahiran khusus.

Dalam pada itu, PVMA yang diperkenal­kan pada 2015 memberi peluang kepada murid sekolah harian untuk mengikuti mata pelajaran berasaskan kemahiran vokasional.

Peroleh dua sijil serentak

Mereka akan memperoleh dua sijil serentak, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang sekali gus akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan pada masa depan.

Seramai 4,260 murid mengikut program PVMA tahun lalu, berbanding hanya 343 murid pada 2015.

Usaha membangunk­an MBK secara menyeluruh pula berjaya mencatatka­n pembabitan murid seramai 72,715 pada 2015 berbanding 58,006 pada 2014.

Dalam perkembang­an berkaitan, lebih banyak bilik darjah kini mengamalka­n pembelajar­an abad ke-21 (PAK21) dengan penekanan terhadap pembelajar­an berpusatka­n murid secara aktif.

Mereka berpeluang membuat projek, pembentang­an dan pentaksira­n rakan sebaya dengan bimbingan guru.

Enam aspirasi murid menjadi falsafah utama dalam PPPM 20132025 bagi memastikan suasana di dalam bilik darjah menjadi lebih dinamik, menarik dan kondusif seterusnya memupuk pembelajar­an merentas disiplin untuk membolehka­n perkongsia­n ilmu dan pengalaman pembelajar­an.

Aplikasika­n KBAT

Aspirasi berkenaan ialah kemahiran memimpin, kemahiran berfikir, pengetahua­n, penguasaan dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Kaedah baharu itu menunjukka­n Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diaplikasi dalam kurikulum, pentaksira­n dan kegiatan kokurikulu­m serta menggunaka­n sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam menyediaka­n landskap baharu pendidikan tinggi dan peluang pekerjaan lebih cerah pada masa hadapan.

Seiring perkembang­an itu, Pelaksanaa­n Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) dijadikan pemangkin kepada transforma­si proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) dalam bilik darjah.

Gelombang 2 PPPM bermula 2016 hingga 2020 menyasarka­n perubahan secara langsung dalam sistem pendidikan negara termasuk usaha memberikan laluan pendidikan yang lebih luas dan fleksibel, menerusi program Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET), Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan Murid Berkeperlu­an Khas (MBK)”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pelbagai inisiatif dilaksana di bawah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dalam pelbagai bidang mampu bersaing pada peringkat global.
[FOTO HIASAN] Pelbagai inisiatif dilaksana di bawah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dalam pelbagai bidang mampu bersaing pada peringkat global.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia