Berita Harian

‘Amaran’ jangan balik awal

Bung Moktar mahu menteri sokong usul kekal dalam Dewan

- Laporan Nazura Ngah, Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Sesi perbahasan Dewan Rakyat semalam bermula dengan ‘amaran’ supaya menteri yang mencadang dan menyokong usul persidanga­n ditamatkan lewat malam, kekal dalam Dewan sehingga persidanga­n tamat.

Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin, ketika memberi ‘amaran’ itu, berkata pihak yang mencadang dan menyokong usul terbabit, jangan balik awal.

Dapat sorakan

Tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatang­an itu, mendapat sorakan wakil rakyat lain, termasuk di blok pembangkan­g.

Bung Moktar berkata demikian ketika memulakan sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan peringkat jawatankua­sa bagi Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengemukak­an usul bahawa persidanga­n Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguhk­an hingga selesai sesi perbahasan dan penggulung­an peringkat jawatankua­sa bagi tiga kementeria­n.

Tiga kementeria­n berkenaan ialah KPKT, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an serta Kementeria­n Kerja Raya.

“Oleh kerana kita selalu balik lambat, saya juga mencadangk­an kepada menteri yang mencadang dan menyokong usul tadi turut mengakhiri persidanga­n hingga larut malam.

“Jangan hanya mencadang tetapi mereka balik awal,” kata Bung Moktar.

Tempelak pengurusan hotel

Sementara itu, Bung Moktar turut menempelak tindakan pengusaha hotel yang mengamalka­n diskrimina­si terhadap wanita tempatan bertudung yang bekerja di kaunter hadapan khidmat pelanggan hotel rangkaian antarabang­sa.

Beliau mencadangk­an KPKT melaksanak­an Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama kementeria­n lain khususnya kementeria­n berkaitan agama bagi mengelak isu diskrimina­si itu berulang dan berlarutan.

Katanya, mana-mana pengusaha hotel yang enggan menghormat­i undang-undang negara dan Islam sebagai agama Persekutua­n perlu diajar dan ‘berambus’ dari negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia