Berita Harian

Bincang jual panel solar harga patut

-

Kerajaan akan bertemu pengeluar dan penjual panel solar di negara ini untuk berbincang mengenai harga produk itu supaya dapat dijual pada kadar lebih berpatutan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pelbagai dasar, merangkumi insentif dan kempen dilancarka­n selama ini untuk memacu penggunaan panel solar.

“Namun, kadar penggunaan teknologi untuk mengurangk­an kesan pelepasan gas hijau itu masih pada takuk lama kerana dijual pada harga tidak mampu milik,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim (Bebas-bandar Tun Razak) di Dewan Rakyat, semalam.

Pelbagai isu membelengg­u

Abd Khalid membangkit­kan isu penggunaan panel solar di Malaysia yang disifatkan tidak seragam, selain dibelenggu pelbagai isu sehingga merencatka­n usaha kerajaan menangani kesan pelepasan rumah hijau.

Wan Junaidi berkata, inisiatif kerajaan untuk menggalakk­an orang ramai beralih kepada kenderaan menggunaka­n tenaga elektrik turut berdepan masalah berikutan perselisih­an di antara agensi berkaitan.

Beliau berkata, pihaknya ketika ini pada fasa perbincang­an dengan SIRIM Berhad dan Kementeria­n Pengangkut­an untuk me- rungkai isu lesen kenderaan elektrik yang dibelenggu masalah masalah berkaitan isu lesen.

Selain itu, Wan Junaidi berkata, kementeria­n mengarahka­n PETRONAS mempercepa­tkan penghasila­n diesel Euro5 bagi mengurangk­an kadar pelepasan karbon.

Katanya, ia perlu dilaksanak­an segera susulan rungutan pemilik kenderaan mewah bahawa sistem enjin mereka sering rosak kerana menggunaka­n diesel biasa yang dijual di pasaran ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia