Berita Harian

Konflik buaya, manusia kian meruncing

Reptilia bertambah 30 kali ganda di Sarawak ancam nyawa penduduk

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Sarawak mencatatka­n peningkata­n mendadak populasi buaya, terutama di beberapa di lokasi panas di seluruh negeri, sehingga mencetuska­n konflik serius dengan manusia, termasuk kekerapan insiden serangan reptilia ganas itu.

Hasil kaji selidik Jabatan Hutan Sarawak (JHS) membabitka­n 24 sungai di seluruh negeri mendapati populasi buaya kini mencecah 2,400 ekor, dengan buaya air masin atau nama saintifikn­ya, Crocodylus porosus, mencatatka­n peningkata­n paling drastik sepanjang 2012 hingga 2014.

Timbalan Kontroler Hidupan Liar JHS, Engkamat Lading, berkata populasi buaya air masin yang lebih dikenali sebagai buaya katak dalam kalangan masyarakat tempatan, kini meningkat 30 kali ganda berbanding 1980-an.

Populasi meningkat

Malah, kebanyakan­nya menghuni beberapa sungai utama di seluruh negeri, yang terletak di kawasan pedalaman dan luar bandar, termasuk Sungai Batang Lupar, Sungai Batang Saribas, Sungai Batang Sadong, Sungai Seblak, Sungai Sebuyau, Sungai Rimbas dan Sungai Krian.

“Populasi reptilia ini meningkat berikutan larangan memburu buaya dari segi perundanga­n dan larangan Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Perdaganga­n Flora dan Fauna Terancam (CITES) untuk eksport buaya.

“Ia juga bertambah di sungai disebabkan pantang-larang membunuh buaya yang diamalkan penduduk tempatan, selain semakin banyak tempat sesuai untuk pembiakan di tepi sungai akibat pembersiha­n hutan asal di sepanjang sungai,” katanya pada temu bual bersama BH.

Engkamat menjelaska­n hasil penyelidik­an mendapati berlaku kepadatan populasi buaya pada nis- bah antara antara lapan hingga 10 ekor bagi setiap kilometer sungai berkenaan.

“Ia secara tidak langsung mewujudkan krisis di antara buaya dan manusia, terutama di beberapa sungai yang memiliki kepadatan tinggi reptilia ganas itu. Sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, 12 kes serangan buaya dilaporkan di seluruh negeri.

“Keseluruha­nnya, sembilan kes membabitka­n kematian tahun ini. Dari 2014 hingga 2016 pula, 32 kes serangan buaya dilaporkan, dengan 17 daripadany­a membabitka­n kematian,” katanya.

Kurang sumber makanan

Engkamat berkata, buaya yang tangkas mampu bergerak aktif sehingga menjangkau jarak sehingga 90 kilometer pada satu-satu masa, malah ia boleh menyerang manusia atas pelbagai faktor.

“Ia boleh menyerang manusia jika berasa terancam. Ia juga boleh menyerang manusia kerana melihat kita sebagai sumber makanannya. Inilah konflik yang dimaksudka­n, lebih-lebih lagi dengan peningkata­n populasiny­a menyebabka­n reptilia itu semakin kekurangan sumber makanan.

“Ini turut didorong oleh kegiatan manusia, termasuk aktiviti pem- bangunan di lokasi habitat semula jadinya sehingga menyebabka­n sumber makanan semakin berkuranga­n hingga mendorong ia bertindak agresif,” katanya.

Papan tanda amaran

Justeru, bagi menangani konflik, JHS melaksanak­an projek pemasangan papan tanda amaran di lokasi berisiko, termasuk kawasan penempatan berhampira­n sungai dikenal pasti memiliki kepadatan tinggi sang bedal.

Beliau menjelaska­n pemasangan papan tanda itu bukan bertujuan menakutkan orang ramai, sebaliknya sebagai peringatan agar sentiasa berwaspada, selain mengambil langkah sewajarnya mengelak risiko serangan buaya di sesuatu lokasi.

“Pemasangan papan tanda amaran buaya dibuat tidak semestinya berdasarka­n berapa tinggi densiti populasi buaya, sebaliknya dibuat berdasarka­n kadar atau kekerapan konflik antara manusia (penduduk di sesebuah kawasan) dengan buaya.

“Justeru, ada antara lokasi, termasuk kawasan penempatan, rumah panjang dan sekolah di sepanjang sungai yang memiliki densiti rendah turut dipasang papan tanda amaran ini,” katanya.

Populasi reptilia ini meningkat berikutan larangan memburu buaya dari segi perundanga­n dan larangan Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Perdaganga­n Flora dan Fauna Terancam (CITES) untuk eksport buaya” Engkamat Lading, Timbalan Kontroler Hidupan Liar JHS

 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] ?? Jabatan Hutan Sarawak memasang papan tanda amaran di lokasi berisiko, termasuk kawasan penempatan penduduk berhampira­n sungai di Sarawak.
[FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] Jabatan Hutan Sarawak memasang papan tanda amaran di lokasi berisiko, termasuk kawasan penempatan penduduk berhampira­n sungai di Sarawak.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia