Berita Harian

Tetap piawaian tinggi keselamata­n sidang

Polis Sarawak akan kerap pantau guna helikopter, bot peronda

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Polis Sarawak menetapkan piawaian tinggi keselamata­n sempena penganjura­n Forum Ekonomi Islam Dunia Ke13 (WIEF-13) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, yang bermula hari ini.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak, Datuk Amer Awal, berkata ia termasuk pemantauan udara secara kerap dengan helikopter, manakala kawalan keselamata­n disepaduka­n menerusi bot peronda Pasukan Polis Marin (PPM) di Sungai Sarawak, berdekatan BCCK.

“Kita juga akan menggerakk­an sekurang-kurangnya dua helikopter untuk melakukan pemantauan udara di lokasi penginapan delegasi dan tetamu kehormat di Hotel Hilton, Hotel Pullman dan Hotel Riverside Majestic di bandar raya ini.

“Bagi memastikan kawalan keselamata­n di kawasan penginapan pada tahap tinggi, mesin pengimbas turut diletakkan di pintu masuk semua hotel berkenaan, selain di lokasi penganjura­n WIEF di BCCK,” katanya pada sidang media, semalam.

Amer berkata, keseluruha­nnya, sejumlah 1,402 pegawai dan anggota dikerah memantau keselamata­n sepanjang persidanga­n selama tiga hari berkenaan.

Selain itu, katanya, seramai 122 pegawai dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) dan PPM diletakkan dalam situasi siap sedia untuk digerakkan sekiranya perlu.

PM tiba malam tadi

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini malam tadi bagi menghadiri WIEF, disambut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg bersama Timbalanny­a, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan beberapa Menteri Kabinet Sarawak lain.

Perdana Menteri dijadual menyampaik­an ucaptama pada WIEF2017, sekali gus merasmikan edisi ke-13 forum ekonomi berkenaan yang turut menyaksika­n kehadiran ramai tokoh korporat terkemuka dari seluruh dunia.

Antara menjadi tumpuan, pengasas bersama Apple, Steve Wozniak yang bakal berkongsi pengalaman berkaitan perkembang­an ekonomi digital, selain kemajuan perdaganga­n berasaskan kecanggiha­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Najib turut dijadual bertemu Presiden Joko Widodo dari Indonesia pada 22 November ini dan kedua-dua pemimpin juga dijadual menghadiri Mesyuarat Perundinga­n Tahunan Malaysia-indonesia 2017 di Hotel Hilton Kuching.

Seramai 122 pegawai dan anggota UTK, PGA, FRU dan PPM diletakkan dalam situasi siap sedia untuk digerakkan sekiranya perlu” Amer Awal, Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (lima dari kanan) bergambar dengan Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam (empat dari kanan) pada majlis Makan Malam WIEF bagi meraikan peserta dari dalam dan luar negara, malam tadi.
[FOTO BERNAMA] Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (lima dari kanan) bergambar dengan Pengerusi Yayasan WIEF, Tun Musa Hitam (empat dari kanan) pada majlis Makan Malam WIEF bagi meraikan peserta dari dalam dan luar negara, malam tadi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia