Berita Harian

Status EXCO tak halang kejar ilmu

Pengalaman wakil rakyat banyak bantu tamatkan ijazah sarjana

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Kesibukan tugas sebagai wakil rakyat tidak pernah menjadi penghalang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sebaliknya pengalaman bergelar wakil rakyat khusususny­a ketika tiga tahun menjawat jawatan se- bagai EXCO kerajaan negeri Terengganu sejak 2014, digunakan sebaik mungkin untuk membantuny­a menamatkan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Muhammad Pehimi, 55, satu-satunya graduan yang menerima Ijazah Sarjana Sastera (Kerja Sosial) pada sesi keempat sempena Majlis Konvokesye­n UUM Ke-30, di sini semalam yang disempurna­kan Pro Canselor UUM, Tan Sri Osman Arof.

Beliau yang kini memegang jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pe- rusahaan Perladanga­n dan Komoditi negeri, sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu.

Beliau ketika ditemui mengakui jawatan itu yang disandang antara 2014 dan 2016 banyak membantuny­a khususnya dalam melakukan kajian untuk tesis bertajuk ‘Kepelbagai­an Peranan Ibu Tunggal Dalam Menangani Kos Sara Hidup sejak 2014’.

“Di Terengganu terdapat kirakira 23,000 ibu tunggal, jadi saya memilih tajuk ini bagi menilai sen- diri peranan ibu tunggal dalam menyesuaik­an diri apabila berlakunya kenaikan harga barang dan bagaimana mereka dapat mencari serta mengawal kewangan terhad untuk membesarka­n anak-anak,” katanya.

Muhammad Pehimi yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PHD), berkata kajian itu juga menjurus kepada menghayati keperluan ibu tunggal serta peranan kerajaan untuk membantu mereka serta bantuan yang sesuai diberikan,” katanya yang juga bapa kepada lima anak.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Muhammad Pehimi
menunjukka­n skrol kepada isteri, Datin Roslida Daud, serta anak, Nurshafiqa­h (kiri) dan Mohd Nasrul di Sintok.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Muhammad Pehimi menunjukka­n skrol kepada isteri, Datin Roslida Daud, serta anak, Nurshafiqa­h (kiri) dan Mohd Nasrul di Sintok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia