Berita Harian

Dr Mohd Daud dianugerah Ijazah Kehormat USIM

-

Bandar Baru Nilai: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, 52, dianugerah­kan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi dan Pentadbira­n Muamalat bersempena Majlis Konvokesye­n Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ke-15, di sini semalam.

Majlis penganuger­ahan itu disempurna­kan oleh Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Dr Mohd Daud yang berasal dari Alor Setar, Kedah adalah penyandang Kursi Akademik, Yayasan Tun Ismail di Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM.

Beliau juga adalah tokoh tersohor serta dihormati dalam bidang kewangan Islam serta penerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2014.

Pada tahun 2015, atas kepimpinan di Amanie Advisors, beliau menerima Anugerah Infrastruk­tur Ilmu Ekonomi Islam menerusi ‘ Global Islamic Economy Summit 2015’ yang disampaika­n oleh Naib Presiden dan Perdana Menteri Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Sementara itu, bekas Profesor di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM, Profesor Dr Nor Aripin Shamaan, 64, dianugerah­kan gelaran Profesor Emeritus.

Beliau yang berasal dari Gerik, Perak, mempunyai kepakaran dalam bidang biokimia, memberi sumbangan besar dalam usaha memantapka­n aktiviti pengajaran dan pembelajar­an Sarjana Muda Perubatan dan Sugeri di FPSK.

Walaupun sudah bersara pada Ogos 2016, beliau masih menyumbang­kan khidmat bakti di FPSK sebagai mentor kepada penyelidik muda.

Seramai 849 graduan menerima ijazah masing-masing bersempena sidang pertama dan kedua majlis konvokesye­n kali ini semalam daripada 2,564 graduan USIM yang akan menerim skrol masing-masing secara berperingk­at hingga Khamis ini.

 ??  ?? Mohd Daud Bakar
Mohd Daud Bakar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia