Berita Harian

Amanah, inklusif resipi capai keamanan dunia: Sultan Nazrin

Belajar hidup bersama, tunjuk sikap belas kasihan selaras ajaran Rasulullah

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menegaskan, dua nilai keislaman yang penting, iaitu amanah dan inklusif atau ta’ayush adalah resipi utama dalam mencapai keamanan dunia sebenar.

Sultan Perak bertitah, dua nilai berkenaan harus sentiasa disematkan dalam pemikiran, bukan sahaja untuk mengikis konflik, tetapi juga bagi mewujudkan komuniti dunia yang inklusif dan juga saling mempercaya­i.

Titah baginda, komuniti dunia sedemikian menyaksika­n setiap individu dihargai serta dihormati.

Sultan Nazrin menjelaska­n, amanah dan inklusif, iaitu belajar untuk hidup bersama dengan menunjukka­n sikap belas kasihan adalah selaras dengan ajaran Rasulullah.

Matlamat utama keamanan global

“Mereka yang tidak boleh dipercayai adalah golongan tidak beriman serta mereka yang mempunyai sifat belas kasihan akan menerima belas kasihan Allah.

“Oleh itu, beta menyaranka­n ni- lai amanah dan inklusif dijadikan matlamat utama keamanan global,” titah baginda dalam ucaptama ketika merasmikan Persidanga­n Dunia Mengenai Pemikiran Islam dan Peradaban Kali Keempat 2017 (WCIT2017), di sini semalam.

Program berkenaan dianjurkan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan kerajaan Perak.

Yang turut hadir, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor USAS, Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Sultan Nazrin bertitah, laporan semasa oleh Institute of Peace di Amerika Syarikat menghuraik­an bahawa proses damai inklusif adalah kunci untuk menamatkan konflik keganasan.

Baginda juga mengingatk­an, usaha untuk mewujudkan komuniti global yang harmoni seakan terpaksa menempuh satu tempoh yang panjang, mustahil serta idea yang sukar dicapai.

“Bagaimanap­un, kita perlu memulakann­ya. Mari kita bermula dengan berimagina­si seperti kata John Lennon Imagine all the people, living life in peace; Imagine all the people, sharing all the world.

“Mari kita bermula dengan mempercaya­i satu sama lain dan hidup bersama dengan sikap amanah serta ta’ayush,” titah baginda.

 ?? [FOTO MUHAIZAN YAHYA /BH] ?? Sultan Nazrin bersalaman dengan Ketua Penolong
Pengarah
Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (dua dari kiri) sambil diperhatik­an bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr Surin Pitsuwan (tiga dari...
[FOTO MUHAIZAN YAHYA /BH] Sultan Nazrin bersalaman dengan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (dua dari kiri) sambil diperhatik­an bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr Surin Pitsuwan (tiga dari...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia