Berita Harian

Pusat rujukan bakal dibuka di USAS

-

Ipoh: Pusat Keamanan Global Islam dan Tanpa Keganasan bakal dibuka di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebagai tempat rujukan untuk mewujudkan dunia yang lebih aman pada masa hadapan.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata bekas Setiausaha Agung ASEAN, Tan Sri Dr Surin Pitsuwan, dijangka dilantik sebagai pengerusi pertama pusat berkenaan.

“Ia akan diusulkan sebagai da- patan serta salah satu resolusi Persidanga­n Dunia Mengenai Pemikiran Islam dan Peradaban Kali Keempat 2017 (WCIT2017).

“Pusat ini berperanan mewujudkan proses perhubunga­n serta bersemuka dengan seluruh dunia berkaitan matlamat kita untuk mewujudkan suasana keamanan (dunia) dan tanpa keganasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian WCIT2017 oleh Sultan Perak, Sul- tan Nazrin Muizzuddin Shah, semalam.

Dibincang pada persidanga­n

Zambry berkata, cadangan penubuhan pusat itu akan dibincangk­an sepanjang persidanga­n dua hari berkenaan dan bakal ditubuhkan secepat mungkin selepas mendapat persetujua­n semua pihak.

Sebelum ini, katanya, ada beberapa pihak yang mempertika­ikan penganjura­n persidanga­n se- umpama itu, namun penubuhan pusat berkenaan adalah bukti keberkesan­an program terbabit.

“Kita jangan hanya melihat hasil daripada penganjura­n program seperti ini daripada sudut material semata-mata, sebaliknya ia adalah satu bentuk pencanaian idea dalam jangka panjang.

“Ia (pencanaian idea) adalah proses berterusan yang perlu dilaksanak­an (untuk kebaikan rakyat dan negeri dalam jangka panjang,” katanya.

Pusat ini berperanan mewujudkan proses perhubunga­n serta bersemuka dengan seluruh dunia berkaitan matlamat kita untuk mewujudkan suasana keamanan (dunia) dan tanpa keganasan” Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia