Berita Harian

Dua inisiatif baharu dilancar

Bantu hadapi cabaran, peluang daripada Industri 4.0

- Oleh Fahmy Azril Rosli dan Saadiah Ismali

Dua inisiatif baharu dilancarka­n semalam bagi membantu menghadapi cabaran dan peluang daripada Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) berhubung struktur pekerjaan, lokasi dan tenaga kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporatio­n Malaysia Berhad (Talentcorp), Shareen Shariza Abdul Ghani, berkata inisiatif pertama adalah platform modal insan peringkat nasional dikenali sebagai Nurturing Expert Talent (NEXT).

“Inisiatif kedua adalah laporan menggarisk­an lima syor uta- ma bagi membolehka­n tenaga kerja bersedia pada masa.

“Untuk berkembang maju, kita perlu menggalakk­an pembelajar­an sepanjang hayat, satu elemen penting yang akan menyokong keupayaan kita untuk berkembang maju bersama dengan masa depan pekerjaan.

Demi capai matlamat

“Demi mencapai matlamat pembanguna­n ekonomi negara, keupayaan tenaga kerja untuk menyesuaik­an diri dan memenuhi permintaan yang meningkat terhadap kebolehan mahir yang berkualiti amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Persidanga­n Kerja, Tempat Kerja, Tenaga Kerja di sini semalam yang disempur- nakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Persidanga­n sehari anjuran Talentcorp itu dihadiri ramai ahli panel terkemuka tempatan dan antarabang­sa, antaranya Ketua Pegawai Sumber Manusia Maybank, Nora Manaf.

Selain itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Talentcorp, Datuk Seri Idris Jala serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.

Yang turut menjadi ahli panel, Pengasas Bersama MIT Initiative on Digital Economy, Andrew Mcafee; Ketua Negara Polisi Awam dan Kerajaan Linkedln India, Sehraj Singh dan Ketua Teknologi Seeing AI Microsoft, Saqib Shaikh.

 ??  ?? Abdul Rahman
(kiri) bersama Shareen Shariza merasmikan seminar Talent Corp di Kuala Lumpur, semalam.
Abdul Rahman (kiri) bersama Shareen Shariza merasmikan seminar Talent Corp di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia