Berita Harian

Talentcorp diminta sedia garis panduan

-

Kuala Lumpur: Talent Corporatio­n Malaysia Berhad (Talentcorp) diminta menyediaka­n garis panduan sebagai rujukan untuk melahirkan tenaga kerja yang memiliki kemahiran bersesuaia­n bagi menghadapi Revolusi Perindustr­ian 4.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ia mampu untuk menangani isu ketidakcek­apan graduan bagi meng- hadapi era kerancakan teknologi yang memberi kesan terhadap penggunaan manusia dalam industri.

Beliau berkata, isu itu serius dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak walaupun tidak berlaku ketika ini kerana ada syarikat yang sudah melaksanak­an dasar automasi.

Tindakan kena ambil

“Walaupun tidak sekarang, ia akan berlaku pada masa akan datang, tindakan kena ambil sekarang. Mendepani Revolusi Perindustr­ian 4.0, banyak kajian dibuat antaranya menunjukka­n pekerja masa depan bakal berdepan cabaran cukup hebat.

“Kita sudah dengar banyak kajian yang dibuat mengatakan bahawa teknologi baharu, robot, komputer dan automasi yang akan ambil alih banyak kerja pada masa depan.

“Oleh itu, kita perlu bersedia melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran bersesuaia­n dan mempunyai kapasiti bersesuaia­n dengan teknologi masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an ucaptama merasmikan Persidanga­n Masa Depan Kerja, Tempat Kerja dan Tenaga Kerja anjuran Talentcorp, di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia