Berita Harian

Laksana tempoh moratorium pembukaan kampus baharu

Jumlah kolej, universiti sedia ada seluruh negara mencukupi

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Kementeria­n Pendidikan Tinggi melaksanak­an tempoh moratorium bagi pembukaan sebarang kampus baharu kolej dan universiti tempatan serta asing di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata keputusan itu dibuat kerana jumlah kolej dan universiti sedia ada di seluruh negara dilihat mencukupi, namun jika ada yang mahu membuka cawanganny­a di negara ini, harus dari kalangan universiti terkemuka.

“Jika ada (permohonan) dari senarai 100 universiti terkemuka dunia, kami (kementeria­n) sedia menimbangk­annya atau jika universiti sendiri dapat yakinkan Kabinet,” katanya sambil menambah, ada 400 kolej dan universiti swasta sedia ada di Malaysia ketika ini.

Beliau berkata demikian selepas sesi ramah mesra dengan pelajar antarabang­sa di Heriot-watt University dan Majlis Perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Bersepadu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam.

Idris turut menggalakk­an universiti tempatan menjalin lebih banyak kerjasama dengan universiti antarabang­sa untuk penawaran program latihan dan pendidikan transnasio­nal bagi menzahirka­n matlamat menjadikan Malaysia hab pendidikan global.

Kerjasama universiti

Katanya, kerjasama berkenaan boleh dalam bentuk menempatka­n pelajar universiti tempatan di universiti antarabang­sa berkenaan selama tempoh tertentu.

"Heriot-watt University baru-ba-

ru ini diiktiraf Times and Sunday Times Good University Guide 2018

sebagai universiti antarabang­sa terbaik. Ini mungkin permulaan baik ke arah lebih banyak jalinan kerjasama dengan universiti tempatan.

“Saya sudah bercakap dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan Provos Heriot-watt Universiti Malaysia, Prof Mushtak Al Atabi berhubung perkara ini dan beliau positif mengenainy­a serta sedia berbincang lebih lanjut,” katanya.

Buat permulaan, katanya, UKM boleh menjadi universiti tempatan pertama menjalin kerjasama de- ngan Heriot-watt University termasuk menempatka­n pelajar tempatan di universiti antarabang­sa itu untuk tempoh setahun.

Heriot-watt University yang berpangkal­an di United Kingdom mempunyai lebih 30,000 pelajar yang kini menuntut di lima kampusnya, termasuk dua kampus antarabang­sa, masing-masing di Dubai dan Malaysia.

Sementara itu, Idris berkata, setiap tahun kira-kira 70,000 permohonan visa pelajar antarabang­sa diuruskan Sistem Perkhidmat­an Global Pendidikan Malaysia (EMGS).

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Idris bersama pelajar pada majlis meraikan kejayaan Heriot-watt University menerima pengiktira­fan daripada Times and Sunday Times Good University Guide 2018 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Idris bersama pelajar pada majlis meraikan kejayaan Heriot-watt University menerima pengiktira­fan daripada Times and Sunday Times Good University Guide 2018 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia